KUALA TERENGGANU – Program ‘T-Shoppe’ dibawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu yang bertujuan untuk membangunkan dan membentuk usahawan baru bumiputera di kalangan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), gagal dalam mencapai matlamatnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata, program ‘flgaship’ keusahawanan itu kini hanya tinggal 13 buah daripada 24 buah premis rangkaian kedai serbaneka itu yang masih meneruskan perniagaannya.
“13 buah beroperasi di negeri Terengganu dan 3 buah di negeri Kedah…….program T-Shoppe umpama perniagaan yang ‘hidup segan mati tak mahu’………….,
“menurutLaporan Ketua Audit negara 2013, projek ini gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, dengan hanya sebuah kedai sahaja yang mencapai ‘target’ jualan yang ditetapkan,”ujarnya.
Menurutnya, perkara tersebut pernah beliau bangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Disember 2013.
“Ertinya hampir dua tahun ia sudah berlalu……………Jadi apakah tindakan yg telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yg ada dan sejauh manakah perkembangannya sekarang ini,”soal beliau.
Katanya, kerajaan menanggung kerugian apabila semakan Audit menunjukkan hanya 3 pengusaha yang membuat bayaran royalti bagi tempoh tersebut sejumlah RM18,376 iaitu T’Shoppe Shahbandar pada tahun 2011 (RM2,560), T’Shoppe Tanjung Kapur pada tahun 2012 (RM816) dan T’Shoppe Kuala Berang pada tahun 2011 hingga 2013 (RM15,000).
Justeru beliau menggesa YPU mengisytiharkan satatus projek tersebut dalam masa terdekat untuk mengelakkan ketugian yang lebih banyak terpaksa ditanggung oleh kerajaan










