BESUT – Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyat Umno Hulu Besut gagal memberikan keutamaan kepada kepentingan dan pembangunan rakyat dalam kawasan DUN terbabit.


“Nawi Bin Mohamad yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak sehingga kini tidak melaksanakan apa-apa projek yang berkesan,
“yang boleh membantu kehidupan rakyat,”ujarnya ketika ditemui.
Bahkan apa yang dilihat oleh rakyat, beliau hanya menambahkan ‘koleksi’ laba dan keuntungan peribadi serta tidak menunaikan amanah yang diberikan kepada beliau.


“Projek ini melibatkan pembinaan sebanyak 165 unit rumah di atas tanah seluas 14 ekar dengan nilai kontrak RM9.66 juta. Perjanjian kontrak telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dengan kontraktor Kelas B iaitu Sama Pelangi Sdn. Bhd. dan tempoh projek adalah selama 76 minggu bermula 21 Januari 2008 hingga 5 Julai 2009.
“namun rakyat yang memerlukan rumah tidak dapat menikmati pembangunan yang sehingga kini masih tak tahu ‘hulu hilir’ lagi,”jelasnya.


“saya tak tahu berapa harga rumah peribadi Nawi………tapi orang duk bercakap……..ada yang kata RM3 juta……ada yang kata RM6 juta………. wallahu’alam,
“prinsipnya, beliau lebih mengutamakan kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat dan gagal dalam melaksanakan amanah yang diberikan kepada beliau,”ujar Cik Cikgu Solah.


“kita tak tahu apa yang beliau buat sebenarnya, jadi kita mahu beliau jelaskan kepada rakyat, beberapa bangunan didirikan berhampiran kawasan empangan Jajar di Kampung Gong Duek,
“tulis disitu Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian dan kononnya didakwa untuk memasarkan hasil ikan dari empangan itu, tapi sampai kini hanya jadi projek ‘gajah putih’,”katanya lagi.


Katanya, Razif perlu membuktikan kepimpinannya menepati apa yang beliau kata sendiri dalam prinsip Transformasi Terengganu Baharu, bersih luar dan dalam, bersih dari sebarang unsur rasuah dan penyelewengan.





























