Terengganu, Malaysia

PAS Cadang ‘Dana Politik’ Dihapuskan, Belanja Kepada Yang Lebih Manfaat

PAS Cadang ‘Dana Politik’ Dihapuskan, Belanja Kepada Yang Lebih Manfaat

KUALA TERENGGANU – PAS menyarankan Dana Bantuan Raya dan Dana Bakti Remaja sebanyak RM27 juta yang diperuntukkan dalam Bajet 2016 Terengganu, di belanjakan untuk keperluan yang lebih bermanfaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata ‘Dana Politik’ tersebut perlu dihapuskan bagi menampung Bajet 2016 itu defisit ekoran kekurangan hasil pendapatan negeri.

Menurutnya, peruntukkan bagi kedua-dua dana itu sebanyak RM72 juta wajar dimanfaatkan kepada sasaran yang lebih diutamakan.

Namun, katanya PAS lebih bersetuju jika Dana Pendidikan dan Dana Bantuan Persekolahan termasuk dana bagi orang tua, orang sakit serta Orang Kelainan Upaya (OKU) diteruskan.

IMG_20151204_005330“Kerajaan kata sekarang ini ada kekurangan bajet (defisit). Kita (PAS) rasa ada yang lebih memerlukan. Lainlah, jika dia sakit, OKU itu perlulah. Tapi untuk orang muda, sihat…kita rasa ada yang perlu diutamakan.

“Sebenarnya dana itu adalah ‘dana politik’, nak beri makan ayam (di) tangan. Itu cara Umno buat untuk kepentingan politiknya.

“ Saya rasa jika faktor kemiskinan kita boleh bagi (beri) tetapi pihak Maidam (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu) sudah bagi dekat raya. Apa perlu orang sihat , kuat diberi.

“Jika dia (kerajaan) bagi dana untuk orang tua itu kita setuju. Sebab itu, saya tidak bantah Dana Bantuan Persekolahan RM10 juta saya setuju, bagus untuk persiapan persekolahan.

“Alangkah baiknya duit (peruntukkan) itu dengan nilaian RM72 juta saya rasa baik untuk pendidikan,” jelasnya kepada pihak media.

Sebelum itu, ketika mengambil bahagian membahas Bajet 2016, Ustaz Satiful Bahri mencadangkan kerajaan negeri menghapuskan pemberian Dana Bantuan Raya dan Dana Bakti Remaja kerana tidak menepati sasarannya.

“Kita lihat setiap tahun ada lagi Dana Bantuan Raya, Dana Bakti Remaja. Tahun ini (peruntukkan) melibatkan RM72 juta.

“Saya mencadangkan pihak kerajaan supaya hapuskanlah dana ini. Jika ianya melibatkan fakir miskin, pihak Maidam telah beri dia (penerima) untuk menghadapi hari raya.

“Dahulu kerajaan pernah sebut tidak mahu beri ‘ikan’ lagi tetapi kita hendak beri ‘mata kail’. Sekarang ini masih hendak beri ikan lagi,” ujarnya.

https://youtu.be/6FOzCVpR6eI

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Bajet 2016 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13, di Wisma Darul Iman, pada Rabu 2 Disember.

Namun, katanya adalah lebih baik peruntukkan itu ditumpukan kepada dana pendidikan atau pemberian bonus 12,000 kakitangan kerajaan negeri.

“Baik RM72 juta ini kita (kerajaan) bagi dalam bentuk pendidikan atau pun beri kepada kakitangan (kerajaan) kita yang hanya akan dapat RM500 bonus.

“Kerajaan Selangor beri sebulan setengah bonus. Kita (Terengganu) bajet lebih RM2 bilion tapi lebih kurang macam negeri lain pula. Baiklah bagi RM1,000 seorang kepada kakitangan kerajaan yang ada seramai 12,000 orang.

“Atau boleh siap sebuah sekolah Imtiaz dengan RM72 juta. Sebab itu, kita harap duit yang seperti ini boleh memberi manfaat untuk jangka panjang kepada rakyat di negeri kita,” jelasnya.

Kerajaan Terengganu membentangkan bajet defisit bagi tahun 2016 dengan perbelanjaan RM2.103 bilion berbanding RM2.02 bilion hasil yang dianggarkan diperolehinya.

https://youtu.be/DdEl3pPUBak

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan