KUALA TERENGGANU – PAS adalah sebuah parti politik yang berdaftar dan sejak tahun 1951, PAS mengambil pendekatan demokrasi serta menyertai pilihan raya.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat menegaskan, tidak timbul isu pembabitan PAS dengan ISIS, bahkan PAS pernah pecat ahli yang mengambil tindakan kepada mereka pergi ke Syria.
“(Allahyarham) Lutfi nama dia…………. kita pecat. Sebab pimpinan telah mengatakan bahwa melarang ahli-ahli PAS terlibat dengan cara keras.
“Kita tak terlibat dengan benda tu. Jadi tidak timbul isu IS ni, tak berbangkit,”jelasnya ketika ditanya pemberita selepas sidang DUN semalam, Rabu 2 Disember.
https://youtu.be/O5FjyCJr3xc
ADUN Paka itu menyifatkan dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu itu, adalah lebih teruk daripada Umno.
“Saya rasa setakat ni tak ada lagi. Dulu UMNO je yang kata dekat (kepada) PAS (dengan tuduhan seumpama itu.
“Sekarang ni Mat (Mohamad) Sabu jadi lebih teruk dari UMNO pula,”tegas beliau yang turut menafikan, PAS pernah mengkafirkan pihak lain.
Katanya, PAS hanya menggariskan batas-batas Islam dan kufur.
“Buat macam ni jadi kafir, buat macam ni (jadi) kufur, tak timbul kita melabelkan………itu saja. Sebab orang yang boleh menentukan itu yang berkuasa, khadi (hakim mahkamah syariah).
“Setakat ni tak ada lagi yang mengkafirkan individu, tak ada lagi,”tambah beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata, PAS boleh membuat dakwaan dan menimpulkan persoalan, adakah Mohamad Sabu sendiri berpegang dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah atau sebaliknya.
“Patutnya kita tanya begitu. Kerajaan patut ambil (tindakan) tanya (dan semak) check dia dulu. Kita ni ahli sunnah wal jamaah lah. Tak ada benda lah,”ujarnya.










