Terengganu, Malaysia
Pendapat

Doktrin Umno itu Kerajaan, Kerajaan Itu Umno, Tak Betul!

Doktrin Umno itu Kerajaan, Kerajaan Itu Umno, Tak Betul!

Kadang kadang, rakyat biasa yang kurang faham konsep bernegara dan politik demokrasi ni tak faham.

Mereka ingat jadi pembangkang ni maksudnya lawan kerajaan. Bermusuh dengan polis, bermusuh dgn mahkamah, bermusuh dengan askar. Habis pandang hodoh semuanya SPRM, JPJ, KASTAM, kakitangan kerajaan negeri.

Sebab mereka didoktrinkan seolah-olah kerajaan itu Umno, Umno itu kerajaan.

Itu tak betul. Parti politik dan kerajaan bukan perkara yg sama.

Jika PAS dan rakan-rakan parti politik dan NGO yang bergabung membentuk kerajaanpun, masih lagi jentera kerajaan yg sama juga.

Polisnya PDRM juga. Askarnya TDM, TLDM,TUDM juga. Mahkamah adalah mahkamah yang sama. Kakitangan awam yang sama. Jabatan jabatan itu juga.

Yang berbeza adalah pemimpinnya yang datang dari parti politik yang menang.

Jika pemimpin datang dari parti yang dasarnya tak betul, amalannya korup maka habis jentera kerajaan terdedah kepada gaya kepimpinan pemimpinnya.

Pegawai dan kakitangan patuh dan menurut arahan saja. Sebahagian kecil mungkin terjangkit penyakit hodoh yg sama. Bukan semua gembira dan suka dipaksa buat kerja tak betul.

Jika kita pilih parti yg bersih, berpegang pada agama dan nilai moral yg baik, insyaAllah pemimpinnya pun baik.

Belanjawan RM267 Billion yg diurus oleh pemimpin yg jujur dan takutkan Tuhan akan lebih merata manfaatnya kepada rakyat berbanding pemimpin yang datang dari acuan parti korup yg sama.

Kerana itu, jalinkanlah hubungan baik dengan jentera kerajaan kerana mereka pun rakyat juga.

Lebih manis kita jalinkan hubungan hari ini ketika kita belum membentuk kerajaan berbanding setelah menang baru nak bermula hubungan baik.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
27HB NOVEMBER 2015

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan