Lokasi Penamaan Calon N45 Galas

1005

Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (N.45) Galas, Kelantan akan berlangsung esok.  Pusat Penamaan Calon terletak di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Proses penyerahan borang akan berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala bagi proses semakan dan bantahan pula bermula pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

klik untuk besarkan

Bagi penyokong PAS khususnya akan berkumpul di Masjid Tengku Faiz Petra pada pukul 8.00 pagi untuk menunaikan solat Hajat. Kemudian akan berarak beramai-ramai selepas menunaikan solat sunat ke Pusat Penamaan Calon pada pukul 8.30 pagi.

Setakat ini, dua parti akan menghantar calon masing-masing iaitu dari Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diwakili oleh Dr Zulkefli Mohamad, 44, yang juga pemangku yang dipertua parti di Gua Musang dan Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Abdul Aziz Yusoff, 49, iaitu pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).-n45galas.pas.org.my