Terengganu, Malaysia

PASTI Terus Mendapat Tempat Dihati Rakyat

PASTI Terus Mendapat Tempat Dihati Rakyat

Oleh : Haida

KUALA TERENGGANU – Menepati misi PASTI (Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam) dalam menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat di DUN Bukit Payung khususnya dan di Malaysia amnya, satu Majlis Ihtifal PASTI DUN Bukit Payung telah diadakan di Madrasah Darul Iman (MDI), baru-baru ini.

Penganjuran ini juga sekaligus bagi mencapai visi PASTI dalam melahirkan kanak-kanak soleh pintar melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam.

IMG_20151124_184529Puan Fauziah binti Abu Bakar, 43, yang merupakan seorang ibu kepada salah seorang pelajar cemerlang ketika ditemui berkata, PASTI berjaya membina insan berakhlak.

“Saya melihat PASTI berjaya membina insan-insan yang berakhlak dan keperibadian yang menyeluruh dari segi aspek sosial, jasmani ,

“rohani dan yang paling penting penerapan nilai-nilai agama dalam diri setiap pelajar. Justeru, tidak hairanlah jika saya dan ibu bapa diluar sana berpusu-pusu menghantar anak kami ke sini (PASTI),”ujarnya

Ditanya mengenai tips kejayaan anaknya, beliau mendedahkan sebenarnya, tunjuk ajar dan dorongan guru-guru PASTI menjadi rahsia utama selain rajin membaca buku dan majalah ringan.

“serta sentiasa membuat latihan. Dan yang terpenting, sungguh sedikit kelebihan yang ada pada Aisyah adalah satu anugerah Allah buat kami,”luahan ibu kepada Aisyah Humairaa’ Mohd Alwi dari PASTI Al-Huda, Kedai Buluh yang berjaya merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang 6 Tahun.

IMG_20151124_183735Selain itu, Aisyah, PASTI DUN Bukit Payung juga menghantar seorang lagi juara iaitu Nur Alya Insyirah dari PASTI Al-Iman yang merangkul kejayaan bagi pelajar 5 tahun peringkat Kawasan Marang.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, berkata, “Majlis ini bagi meraikan dan memberi penghargaan terutama kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di PASTI.”

Beliau turut mendedikasikan ucapan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga buat ibu bapa di atas kerjasama, sokongan dan bantuan yang dihulurkan kepada PASTI selama ini, yang dapat dilihat dengan sambutan semakin meningkat saban tahun dari ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas buat ibu bapa. Saya percaya majlis ihtifal ini dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada semua pihak untuk terus memberi sokongan kepada PASTI agar lebih maju dan cemerlang,” katanya ketika merasmikan Majlis Ihtifal PASTI tersebut.

IMG_20151124_183635Turut sama memeriahkan majlis tahunan itu ialah wakil Jabatan PASTI Kawasan Marang, Ustaz Bunyamin Razimi, Penyelaras PASTI DUN Bukit Payung, Encik Jailani Mohd; Timbalan Penyelaras PASTI DUN Bukit Payung, Ustaz Abdul Halim Abu Bakar dan Pengurus-pengurus setiap PASTI Qaryah.

Majlis pembukaan penuh gilang gemilang, dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar PASTI, nyanyian lagu Negaraku dan lagu tema PASTI “PASTI Cemerlang, Islam Gemilang” serta diikuti dengan persembahan keseniaan Islam oleh pelajar PASTI.

Bakat cilik anak-anak PASTI yang ditonjolkan dalam majlis ini dengan persembahan Pidato, Bercerita, Azan, Sajak, Kalam Jamaie dan Nasyid yang diwakili setiap PASTI di DUN Bukit Payung.

Pada majlis itu, seluruh tetamu dewan terpukau seketika dek kelunakan alunan nasyid anak-anak PASTI yang menpersembahkan lagu nasyid bahasa Arab dan bahasa Enggeris dengan lunak dan lancar.

IMG_20151124_183822Majlis ihtifal yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari Majlis Tindakan DUN (MTD), Pemuda, Unit Amal, Muslimat & Ameerah DUN Bukit Payung itu dihadiri lebih 500 ibu bapa pelajar.

Penyampaian hadiah pula melibatkan 359 pelajar yang terdiri dari kesemua tujuh PASTI kesemuanya di DUN Bukit Payung. Majlis berakhir dengan laungan doa wehdah oleh anak-anak PASTI dan jamuan rakyat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan