Oleh : Azizah Mahmood
MARANG – Muslimat PAS selaku para ibu amat memahami kesulitan yang dialami oleh para keluarga setiap kali menjelang sesi persekolahan baharu.
Lebih-lebih lagi, ia amat di rasai oleh anak-anak kepada keluarga yang miskin dan berpendapatan rendah, lebih lagi beban yang ditanggung oleh seorang ibu tunggal.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Terengganu Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, atas rasa cakna itu, pihaknya telah mengumpulkan dana khusus bagi tujuan membantu golongan terbabit.
“(Lujnah) Kebajikan (dan Kemasyarakatan) terpanggil mendepani isu kesusahan saat buka sekolah apatah lagi bagi ibu tunggal…………..keadaan ini tentulah amat perit (bagi mereka),


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan dana khas bagi sesi persekolahan 2016 itu kepada wakil Muslimat PAS Hulu Terengganu.
Sehubungan itu, Ketua Kebajikan Muslimat Hulu Terengganu, Feah Said, mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih atas usaha ‘pro-aktif’ yang diambil oleh Muslimat PAS Terengganu.
“Kawasan Hulu Terengganu lebih banyak terkesan kerana kebanyakan keluarga bekerja Kampung iaitu menoreh getah dan bercucuk tanam. Musim tengkujuh yang datang menjejaskan lagi pendapatan,”
“kita ucapkan terima kasih kepada Muslimat negeri dan bersyukur atas pemberian ini,” ujar Ketua Kebajikan Hulu Terengganu, yang mesra dengan panggilan Cikgu Peah.
Mengulas lanjut, Tuan Roslina berkata, program sumbangan bantuan persekolahan tersebut adalah program tahunan dalam melaksanakan kebajikan menyeluruh sepanjang tahun.
“kita sentiasa bersedia untuk bantuan termasuk pada musim hujan dan banjir yang kini sudah pun tiba saatnya,”tambaah beliau.





























