Siasat dan Dedah Mengapa Lombong Bijih Besi Tutup!

5319

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menggesa kerajaan menyiasat dan mendedahkan kepada seluruh rakyat, mengapa kegiatan perlombongan bijih besi di kawasan Bukit Besi, Dungun dihentikan.

sampel airPengerusi Lujnah Tanah PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak turut menyeru kerajaan dan jabatan serta agensi mengkaji dengan teliti mengapa berlaku kematian yang begitu banyak kepada ikan dan lain-lain hidupan di Sungai Dungun.

“Lujnah Tanah PAS Terengganu telah melawat kawasan perlombongan bijih besi di Bukit Besi setelah mendapat aduan dari penduduk sekitar, berkaitan pencemaran hulu sungai Dungun yang menyebabkan ikan yang menjadi punca rezeki mereka terjejas.

lombong tutup1“Hasil lawatan pada Rabu 4hb. November, 2015 didapati aktiviti perlombongan bijih besi telah dihentikan,”ujarnya

Beliau berkata, benteng kolam takungan ‘sisa toksid’ perlombongan itu telah dipecahkan menyebabkan air sisa mengalir terus ke dalam sungai yang mungkin menyebabkan kematian hidupan ‘marin’ di hulu sungai Dungun.

Katanya, penutupan lombong tersebut menyebabkan kerajaan hilang sumber hasil setelah mengorbankan kayu balak kawasan hutan simpan kekal yang keluasannya melebihi 6000 hektar,”

pembalakan bukit besi1“Penebangan hutan yang begitu luas dalam masa yang singkat telah menyebabkan kesan alam sekitar yang teruk, sedangkan hasil yg diperolehi oleh kerajaan tidak seberapa.

“Punca rezeki penduduk sekitar pula terjejas akibat dari pencemaran sungai kerana pengurusan sisa toksid yg mungkin tidak mengikut ‘standard operating procedure’(SOP) . Ini mungkin kerana kurang pemantauan dari pihak yang berwajib,”tambahnya

Justeru, beliau menggesa agar kerajaan mengambil tindakan dan menyiasat perkara tersebut.

kolam sisa toksid pecah“Kami pohon pihak kerajaan menyiasat punca pencemaran sungai dan juga kenapa perlombongan bijih besi dihentikan?,”soalnya