PAS Sarawak Siap Siaga Hadapi Pilihanraya Negeri

1180

Oleh: Ali Fata dan Awang Azwan Awang Taib

BINTULU – Penguasaan ICT dan penggunaannya secara strategik, penting untuk memastikan keberkesanan pengurusan PAS di Sarawak dapat di pertingkatkan, kata Setiausaha Agong PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Berucap merasmikan Konvensyen ICT dan Media Baru PAS Sarawak pada 31hb. Oktober, 2015 beliau berkata, ICT berjaya menembusi maklumat kepada pengundi bandar, menyebabkan mereka dapat memberikan undi yang sangat baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat tetapi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak, keadaan mungkin berbeza kerana masih banyak kawasan di Sarawak tidak dapat capaian internet.

IMG_20151102_235152“Salah satu perkara yang menyebabkan mereka tidak beralih daripada menyokong BN kepada PR adalah kerana mendapat tidak maklumat sebenar daripada usaha-usaha pendokong kita (PAS) yang dibuat melalui internet,” katanya kepada lebih 80 peserta yang hadir dari seluruh pelusuk Sarawak

“Apatah lagi Sarawak berkemungkinan berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang mungkin diadakan hujung tahun ini atau disebut juga pada awal tahun hadapan selepas hariraya Cina, kita ada beberapa bulan sahaja lagi untuk membuat persiapan terakhir termasuk juga dalam bidang ICT dan Media baru ini,” kata beliau.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 lalu membuktikan pengaruh PAS di Sarawak semakin diterima oleh rakyat negeri ini bila ada DUN yang ditandingi oleh PAS, iaitu Beting Maro hanya kalah dibawah 400 undi sahaja.

Pada pilihanraya Negeri Sarawak kali ini, PAS mungkin bertanding lebih banyak kerusi berbanding dengan 5 kerusi DUN yang ditandingi dulu. Beberapa kerusi baru telah dikenalpasti dan sekarang dalam rundingan peringkat terakhir untuk dputuskan oleh PAS setelah mendapat cadangan daripada PAS Sarawak.

Turut membentangkan kertas kerja adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Hj rahimin Mustafa yang berkongsi pengalamannya terlibat mengendalikan isu-isu pilihanraya ke-13 di Sabah dan juga pilihanraya negeri Sarawak sebelum ini.

IMG_20151102_235244Sementara itu, Shuhaimi Embong Pengarah IT PAS dalam pembentangannya ‘Pendekatan Media kepada pengundi dan kempen menerusi Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik’ menyebut, menjadi satu cabaran besar kepada pendokong dan penyokong PAS di Sarawak untuk memahirkan diri dalam penggunaan ICT ini kerana kita terpaksa berhadapan dengan blogger dan cybetrooper yang meletakkan persepsi dan imej negatif kepada PAS dan pimpinannya khusus Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Konvensyen ini diadakan adalah untuk menggerakkan jentera ICT dan Media Baru di semua peringkat untuk menghadapi PRN Sarawak yang dijangkakan akan berlaku dalam jangka masa beberapa bulan ini selewat-lewatnya pada pertegahan tahun depan.

Kertas-kertas kerja dibentang oleh Jabatan IT PAS Pusat antaranya mengenai perkembangan pesat teknologi digital semasa dan ke arah mengaplikasikan teknologi-teknologi tersebut dalam bengkel-bengkel menjana kemenangan PAS pada PRN Sarawak kali ini.

Dalam sesi bengkel selama dua hari ini, turut diadakan beberapa siri bengkel melibatkan Data & Aplikasi (DataApps) yang memfokuskan kepada Sistem Aplikasi Pilihanraya dan Sistem Aplikasi Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS serta bengkel Media Baru dan Multimedia (MBMM) melibatkan pengendalian Web, Blog, Media Sosial (FB,Twitter dll), WebTV, radio internet Hijau.fm, video offline dan live streaming.

IMG_20151102_235311Selain daripada 5 orang petugas-petugas ICT dan Media Baru (Penerangan) daripada setiap DUN-DUN yang disasarkan untuk bertanding, beberapa pimpinan utama PAS Sarawak yang terdiri dari Tuan Haji Jofri Jaraie Pesuruhjaya bersama timbalan-timbalannya, Pengarah Pilihanraya, Ketua Penerangan dan lain-lain turut hadir dalam upacara perasmian dan penutup konvensyen tersebut yang telah melahirkan beberapa resolusi bertindak untuk dilaksanakan.

Dalam ucapan penutupnya, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Hj Jofri Jaraie berharap semua petugas-petugas ICT dan Media Baru (Penerangan) yang hadir tidak mensia-siakan peeluang berkampong selama dua hari ini dan beraharap dengan program yang dicetuskan oleh ICT ini dapat memainkan peranan besar dalam menarik sokongan kepada PAS khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar yang dapat capaian internet untuk mempercepatkan penyebaran maklumat khususnya menerangkan perjuangan PAS untuk memartabatkan perjuangan Islam serta menangkis fitnah oleh pihak lawan di Sarawak.