Pesuruhjaya PAS Lancar Program Agihan ‘Face Mask’ Percuma

2049

Oleh : DMS

SETIU – Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat telah melancarkan program pemberian topeng muka (Face Mask) percuma serta helaian doa peringkat negeri bagi menghadapi fenomena jerebu di simpang empat Kampung Buloh, Permaisuri, dekat sini.

IMG_20151023_120103Menurut Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir, ia adalah anjuran bersama PAS Kawasan dengan Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Negeri (LATAS).

Katanya, program yang berlangsung hampir sejam itu telah berjaya mengagihkan sebanyak 1,000 topeng serta doa bagi mereka yang melalui jalan tersebut.

“tujuannya adalah untuk memberikan peringatan kepada rakyat betapa pentingnya menjaga kesihatan di samping berdoa agar fenomena (jerebu) ini berakhir dengan keadaan yang baik dan segera,”ujarnya ketika ditemui pada Khamis 22 Oktober di sini.

Turut sama memberikan topeng muka itu ialah Timbalan Pesuruhjaya 1, YB Dr Alias Razak, Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Penolongnya Ustaz Zakaria Dagang.

IMG_20151023_120128Ustaz Sahari yang juga Pengerusi LATAS berkata, program tersebut akan dianjurkan secara berperingkat di setiap kawasan Parlimen.

Beliau menambah, pengagihan topeng muka secara percuma adalah bukti PAS serius menangani masalah masyarakat.

“Bukan nilai ‘face mask’ yang menjadi ukuran, tapi program ini menunjukkan keprihatinan PAS kepada apa jua isu yg menyentuh masyarakat,

“Pemimpin PAS disemua peringkat adalah inklusif bukan eksklusif dam bersedia turun padang bersama masyakat pada bila-bila masa,”jelasnya.