Tentera Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa menggunakan ‘kekerasan yang tidak seimbang'(disproportionate violence) terhadap kanak-kanak Palestin kerana membunuh mereka dalam keganasan terbaru sejak 1 Oktober lalu.
Sekurang-kurangnya sepuluh orang kanak-kanak menjadi mangsa keganasan rejim itu semasa pergolakan yang sedang dilakukan Israel keatas wilayah Palestin yang dijajahi.
“Di tengah-tengah keganasan dan persekitaran ketenteraan yang semakin meningkat, di mana tentera Israel dan peneroka beroperasi dengan sewenang-wenangnya, kanak-kanak Palestin telah tertakluk kepada keganasan yang tidak seimbang,” kata Brad Parker, peguam dan pegawai sokongan pertubuhan membela Kanak-Kanak Antarabangsa.


Pensyarah Hak Asasi Manusia Universiti Havard Federica D’Alessandra berkata, serangan berkala seperti keganasan ‘meninggalkan parut psikologi yang mendalam’ pada kanak-kanak Palestin.
“Kajian oleh ramai sarjana telah menunjukkan bahawa kemurungan, kebimbangan, gangguan tekanan selepas trauma dan masalah psikologi umum adalah biasa di kalangan kanak-kanak (Palestin),” katanya.
Dipacu bermula bulan lepas oleh serangan Israel ke dalam kawasan Masjid Al-Aqsa, bantahan terhadap pendudukan berterusan Israel telah memberi laluan kepada peningkatan keganasan di Israel, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Tentera Israel telah menggunakan gas pemedih mata, bom asap, peluru getah dan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan, termasuk kanak-kanak.
Sejak 1 Oktober, tentera dan polis Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 52 rakyat Palestin yang dituduh sebagai penyerang, penunjuk perasaan yang tidak bersenjata dan penonton dan ekoran itu serangan warga Palestin telah menyebabkan lapan rakyat Israel mati.



























