DHPP Mahu Presiden PAS Jadi PM

3373

Pengerusi DHPP Pusat, P.Balasubramaniam berkata DHPP yang mewakili sebahagian masyarakat bukan Islam percaya keadilan Islam mampu melindungi seluruh rakyat.

katanya, masyarakat bukan Islam yang bernaung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu melihat keadilan Islam memerintah Negara serta mengangkat Presiden PAS sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

IMG_20151019_163731Menurutnya, biar rakyat melihat sendiri bagaimana Islam memerintah rakyat dan Negara dengan penuh keadilan tanpa mengira agama dan bangsa.

oleh itu, beliau berkata harapan yang paling tinggi bagi pihak DHPP mahu melihat Presiden PAS bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“tidak ada harapan yang paling agung lagi (bagi) kami di pihak DHPP melainkan ingin melihat Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-14, nanti.

“Kami DHPP akan mempastikan agar rakyat bukan Islam akan terus memilih PAS sebagai parti yang dipercayai dan mampu melindungi mereka.

“Rasanya kami tidak sabar-sabar untuk melihat Presiden PAS menjadi Perdana Menteri Malaysia. Biar rakyat lihat sendiri bagaimana Islam memerintah rakyat dan negara dengan penuh adil dan saksama tanpa mengira agama dan bangsa.

IMG_20151019_163842“Kepada Presiden PAS dan pimpinan PAS, kami (DHPP) berjanji akan terus mendukung prinsip dan dasar PAS dan akan memenangkan PAS dalam pilihan raya akan datang.

“Selagi itu, kami tidak akan berdiam dan akan terus berjuang dan mahu melihat Dato’ Seri Presiden (Abdul Hadi) menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya doakan semoga Tuhan menolong kita semua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili DHPP pada Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu 17 Oktober.

Balasubramaniam menegaskan ahli-ahli DHPP tetap beristiqamah dengan prinsip dan dasar perjuangan PAS.
Justeru, katanya DHPP akan tetap meneruskan perjuangan parti hingga dapat melihat cahaya kemenangan Islam yang dibawa oleh PAS.

“Ahli DHPP tetap beristiqamah berjuang bersama PAS. Justeru itu, kami DHPP tetap meneruskan perjuangan PAS hingga kami melihat cahaya kemenangan Islam yang dibawa oleh PAS ini menjadi kenyataan di bumi Malaysia ini.

IMG_20151019_163753“Kami akan terus bersama dengan PAS selama-lamanya. Biar orang Islam merasa kehairanan kenapa orang bukan Islam seperti kami ini boleh hidup dan berjuang bersama dengan PAS. Sedangkan, orang Islam sendiri memusuhi PAS dengan penuh kebencian,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya sedikit masalah ‘dalaman’ yang melanda parti itu tidak menjejaskan sokongan bukan Islam kepada PAS.

Buktinya, kata beliau dengan kehadiran puluhan ribu ahli dan penyokong PAS dalam Himpunan Fastaqim tersebut.
Menurutnya, PAS bukan lagi sebuah parti kampungan atau parti orang Islam sahaja tetapi parti untuk semua bangsa dan agama.