NGO Berupaya Mencetus Perubahan Masa Depan Negara Yang Lebih Baik

1326

KUALA TERENGGANU – Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus berperanan dengan berkesan sebagai kuasa rakyat untuk membuat agenda perubahan yang lebih baik kepada masa depan negara.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu Haji Yahaya Ali, berkata peranan NGO sebagai kuasa ketiga (third force) banyak mempengaruhi pemerintahan dan pembangunan sesebuah kerajaan di negara Barat.

Retreat NGO2“Di negara barat, peranan NGO dalam pilihanraya sangat terserlah sehingga disebut sebagai kuasa ketiga (third force) dan banyak mempengaruhi keputusan pemerintah dan pilihanraya.

“Apa yang penting NGO yang bukan sebagai parti politik harus bergerak di tengah-tengah masyarakat dan menjadikan golongan non-partisan sebagai sasaran utama,”ujarnya ketika sewaktu menutup program pemukiman (Retreat) NGO.

Lebih dari 30 buah NGO hadir dalam program separuh hari tersebut yang diadakan di sebuah Chalet di sini pada Sabtu 16 Oktober.

Menurutnya, pelbagai NGO yang ada di negara ini dengan bidang tumpuan dan perjuangan masing-masing seperti kebajikan dan kemasyarakatan, ekonomi dan kepenggunaan, pendidikan dan sosial, riadhah dan rekreasi dan lain-lain NGO yang bersifat ‘issue oriented’.

“Selain dari agenda membina kepentingan ahli-ahli masing dalam pelbagai sudut, setiap NGO juga haruslah sentiasa sensitif dan aktif memperjuangkan isu-isu dalam masyarakat.

“Kadang-kadang setengah golongan masyarakat sudah lali, buruk sangka serta tidak memperdulikan kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh ahli-ahli politik.

Retreat NGO1“Disinilah peranan NGO yang lebih dekat dengan rakyat kerana kita mahu melihat masa depan negara dan negeri kita yang lebih terjamin,”jelasnya.

Negeri Terengganu sendiri katanya, terlalu banyak isu yang perlu diberi pendedahan dan kefahaman dan NGO sendiri harus ada sikap dan pendirian mereka supaya masyarakat memahaminya dengan baik.

“Di antaranya, isu petroleum yang tidak kembali kepada perjanjian asal, tuntutan hak Terengganu keatas lapangan minyak Bertam, hak rakyat keatas LPT 2 (kerana separuh dari perbelanjaan dari duit royalti minyak,

“masalah pembaziran projek kerajaan seperti ‘Monsoon Cup’, Tasek Kenyir, negeri kaya (bajet tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain) tetapi rakyat masih ramai yang miskin, pengangguran, merempit di kalangan anak-anak muda dan pelbagai isu lain”, tambah beliau.