Hari Keluarga Balai Besar Meriah

2013

Oleh: TMS

DUNGUN – Buat julung kalinya Unit Peti Undi  (UPU) Balai Besar dengan kerjasama Jawatankuasa Parlimen Dungun telah Berjaya menganjurkan hari keluarga dan sukaneka.Berkonsepkan pemimpin dan masyaraket sentiasa bersama , ia bertujuan mengeratkan silaturrahim, kenal mengenal antara satu sama lain.

Program yang diadakan di perkarangan Surau Haji Abdullah Soleh , Jalan Intan ini juga mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa surau dalam persediaan tempat dan petugas.

IMG_20151011_082241Majlis itu mendapat sambutan menggalakkan para penduduk setempat yang hampir 1,000 orang yang turun padang mengambil bahagian serta memeriahkan pelbagai acara sukaneka , selain cabutan bertuah.

Pengarah programnya, Ahmad Roslin Wahab  berkata, sambutan Hari Keluarga UPU Balai Besar bersama Warga Jalan Intan dan Balai Besar yang diadakan itu adalah program dibawah kelolaan Ahli Parimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang bertujuan merapatkan hubungan masyarakat dan bagi merapatkan jurang perbezaan pendapat bagi manfaat semua

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang satu hari program berlangsung, melibatkan keseluruhan sebanyak 25  acara bagi lelaki, wanita, kanak-kanak dan acara suami isteri.

“Program kali ini melibatkan tiga kampung yang berada di kawasan UPU Balai Besar antaranya Kampung balai Besar, Jalan Intan  dan Kampung Gong Pasir.

IMG_20151011_082158Sementara itu YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan ucapan perasmian Hari Keluarga dan Sukaneka ini, menyeru kepada semua yang hadir untuk menilai kembali pimpinan yang ada bagi menjamin masa depan keluarga dan masyarakat kita khasnya.

“Bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kekayaan Negara kita mestilah memilih pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan bukan pemimpin yang mengkayakan diri mereka semata-mata.Ini jelas pada masa sekarang yang berlaku dalam Negara kita dimana adalah menjadi kewajipan kita semua untuk menentukan hala tuju dalam Negara dan negeri khasnya”YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli .

Hadir sama, bagi memeriahkan hari keluarga dan sukaneka ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri , Rantau Abang  Cikgu Haji Alias Harun bersama isterinya.

Sementara itu, Cikgu Alias Harun berkata, sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan dan ini membuktikan sokongan penduduk terhadap Pas semakin bertambah walaupun dalam keadaan krisis dalaman yang berlaku dalam Pas itu sendiri.Ini membuktikan bahawa sebenarnya Pas adalah sebuah parti yang menjadi alternatif kepada kerajaan BN di Terengganu sekarang ini.

IMG-20151011-WA0020“Pihak Pas Dun rantau Abang merancang akan mengadakan program seumpama ini di UPU lain dalam Dun rantau Abang bagi memberi gambaran bahawa Pas adalah bukan sekadar Parti politik yang ekskulsif tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyatukan penduduk dan masyarakat khususnya.”Cikgu Alias Harun

Pada program itu juga jamuan gulai kawah juga turut disediakan kepada semua yang hadir yang ditaja oleh ahli Parlimen Dungun.

Yb Cikgu Alias Harun yang turut menyertai pertandingan kukur kelapa dalam program ini mendapat perhatian apabila bersama isterinya yang pertama kali menyertai acara kupas kelapa menggunakan ‘kukuran’ sejenis alat tradisional melayu bagi mendapatkan santan.