Jerebu; Ambil Tindakan Yang Lebih Berkesan, Segera

1342

SETIU – Orang ramai dinasihatkan supaya berada didalam bangunan dan mengelakkan sejauh mana yang boleh berada di lapangan serta mengurangkan aktiviti lasak di luar rumah dalam cuaca berjerebu.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata fenomena tidak sihat itu menambah risiko kepada kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru.

“kita nasihatkan supaya duk dalam rumah masing-masing, kurangkan buat kerja di padang, sebab cuaca jerebu nampaknya belum reda,

20151005_161541“banyakkan duduk dalam rumah dan berdoa supaya cuaca buruk ini berlalu dengan secepat mungkin,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengangihkan topeng muka ‘face mask’ secara percuma di Pekan Jabi, di sini petang semalam.

Katanya, sebanyak 200 keping topeng tersebut telah diedarkan dalam Kempen Pemakaian Topeng bermula kira-kira jam 3.30 petang di hadapan Pejabat PAS Dun Jabi.
“Bertepatan dengan pengistiharan cuti kecemasan oleh Kementerian Pendidikan pada 5 dan 6 Oktober yang turut melibatkan Negeri Terengganu lantaran masalah jerebu,

“maka PAS Jabi juga turut sama turun padang untuk berkongsi rasa bersama dengan masyarakat,”kata Dr Azman Ibrahim yang juga Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Negeri Terengganu.

Beliau berkata, sumbangan yang sedikit itu diharapkan dapat dimanfaatkan dan menyeru agar seluruh warga DUN terbabit menitik beratkan soal penjagaan kesihatan.

20151005_161705“ambik berat soal kesihatan sikit dalam suasana udara yang berjerebu ini………….. elakkan dari berada di luar andai tiada keperluan, banyakkan minum air dan pakailah topeng muka.”tambahnya.
Program tersebut yang turut disertai oleh Ahli-ahli Jawatankuasa PAS DUN Jabi beserta dengan anggota Unit Amal mendapat respon yang baik dari pengguna jalan raya.

“mereka memberikan kerjasama samada memberhentikan kenderaan untuk menerima sumbangan ‘topeng’ yang diagihkan atau membunyikan hon tanda sokongan,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan pusat mengambil tindakan yang lebih berkesan dalam menangani masalah jerebu yang sudah berpanjangan, hampir sebulan.

Katanya, dengan kerjasama ASEAN, Malaysia perlu menerajui tindakan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah jerebu yang kini sudah menjadi ‘ancaman‘ tahunan kepada rakyat negara ini.