Insiden Rempuhan Di Mina; PAS Rakam Ucapan Takziah

1854

PAS merakamkan takziah kepada semua keluarga jemaah haji yang meninggal dunia akibat rempuhan yang berlaku di Mina pada jam 11.30 pagi wakt tempatan semalam, Khamis 24 September.

stampeded3Menurut Ketua Penerangan Pemud PAS Malaysia Ahmad Fadhli Shaari berkata, lebih 700 orang jemaah haji telah meninggal dunia akibat insiden tersebut manakala angka tepat masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

“Pemuda PAS berharap agar siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak berwajib khususnya kerajaan Arab Saudi memandangkan insiden ini adalah antara yang terburuk melibatkan jemaah haji dari seluruh dunia setakat ini.

stampeded4“Bahkan jika dikaitkan dengan insiden kejatuhan kren tempoh hari, tahun ini boleh dikatakan merupakan tahun tragedi bagi jemaah yang menunaikan haji di Tanah Suci,”ujarnya dalam satu kenyataan, lewat semalam.

Oleh itu, beliau menggesa agar aspek keselamatan dapat dipertingkatkan demi keselamatan jemaah haji di masa hadapan.

Beliau menggesa, ‘Post mortem’ secara telus dan terperinci wajib dilaksanakan segera bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.

“Takziah sekali lagi kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dari seluruh dunia. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala dan ganjaran yang berpanjangan atas kesabaran terhadap musibah yang dialami ini,”tambah beliau