KUALA TERENGGANU – PAS menegaskan bahawa parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang, kurang daripada jumlah kerusi yang ditandinginya pada PRU yang lalu.
Bahkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata, PAS sedang membuat kajian untuk bertanding dibeberapa kawasan yang tidak ditandingi sebelum ini.
Beliau berkata, terdapat ahli-ahli PAS yang telah keluar dari PAS dan ‘membawa lari’ bersama kerusi yang telah dimenangi pada PRU lepas.
Walaupun mereka ‘telah melompat’ ke parti lain, namun katanya, kerusi tersebut adalah menjadi milik PAS untuk ditandingi pada PRU akan datang.
“yang tu (keluar) dan tubuh parti aru, dengan kerusi-kerusi (yang dimenangi)nya, yang terbaru ada seorang wakil rakyat (dari) Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar kemudian dia masuk PKR,
“orang PAS marah…..memanglah keluar PAS ini tak baik……masuk parti mana pun, keluar PAS ini tak bagus, tetapi saya suka nak menyatakan di sini,
“mana-mana (yang) baw lari kerusi itu……kerusi itu tetap kerusi PAS, ertinya PAS akan bertanding dikawasan yang dibawa lari kerusi itu,”ujarnya.
Beliau menjelaskan, PAS telah membuat keputusan, walaupun mungkin ada kerjasama dan Pakatan Rakyat yang baru mungkin ditubuhkan, namun PAS akan bertanding pada kawasan-kawasan yang ditandingi dalam PRU lalu.
Sebelum itu, mantan Setiausaha Agung PAS itu mendakwa, DAP Sarawak adalah antara pihak yang mula membuat kenyataan menyebabkan PAS memutuskan kerjasama dengan DAP.
“DAP yang mula buat pasal ini termasuk diantaranya adalah DAP di Sarawak, dia campur tangan soala dalaman parti lain termasuk PAS,
“DAP Sarawak mengatakan jika PAS dalam Muktamar (lalu) yang akan diadakan, kalau pimpinan PAS (yang) diputuskan dalam Muktamar itu terdiri dari ulamak, PAS dan DAP akan putus (hubungan),”kata Dato’ Mustafa.
Oleh itu, katanya, apabila sebahagian besar Ahli Jawatankuasa PAS yang dipilih dari mereka yang dikategorikan sebagai ulamak, kerjasama PAS dengan DAP tidak lagi wujud.
Sebaliknya, beliau berkata, sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, PAS masih ‘bertahaluf’ dengan PKR.
https://youtu.be/NqIy9ZMIxKY



























