Terengganu, Malaysia

Tahaluf Siyasi Hanya Dengan PKR

Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU – PAS tetap dengan pendirian, hanya meneruskan hubungan ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR dalam Pakatan Rakyat walaupun PKR, dilihat mahu membina hubungan baharu melibatkan DAP dan sebuah parti yang baru ditubuhkan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, perkara itu turut ditegaskan melalui pertemuan dengan pimpinan PKR termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, beberapa hari lalu di ibu negara, selepas beliau diberitahu mengenai pakatan baharu.

Bagaimanapun katanya, Pas menganggap kerjasama politik ketika ini hanya berlangsung dengan PKR tanpa ada sebarang hubungan baharu khususnya melibatkan tahalluf siyasi Pas dengan parti lain.

https://youtu.be/NqIy9ZMIxKY

“Dia (Wan Azizah) maknanya menerangkanlah hasrat untuk pakatan seterusnya tetapi kita kata mandat yang ada pada kita dengan PKR sahaja pada waktu ini… Dia (Wan Azizah) orang politik. Dia terima baik, tidak ada apa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Himpunan Untuk Semua (Harap 3.2) di Pulau Serai, Dungun, kelmarin.

Turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam masa sama, Mustafa bagaimanapun memberitahu bahawa Pas tidak berhak menghalang hasrat PKR dan menggambarkan bahawa PKR bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk DAP dan juga Parti Amanah Negara.

“(Apa yang penting) kita kekal dengan PKR. Setakat ini, begitu,” katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan