Terengganu, Malaysia

Utamakan Usaha Keluarkan Rakyat Dari Kemiskinan

Utamakan Usaha Keluarkan Rakyat Dari Kemiskinan

DUNGUN – Kerajaan digesa memberi lebih keutamaan dalam soal mengeluarkan rakyat dari tahap kemiskinan khususnya yang berkait dengan perumahan, peluang pekerjaan dan juga kos sara hidup.

Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli berkata, peluang yang yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat mestilah dipenuhi oleh kerajaan.

“Keutamaan kerajaan dalam soal mengeluarkan rakyat dari tahap kemiskinan sepatutnya menjadi (lebih) keutamaan kerana di Terengganu ni kita lihat khususnya (perkara) yang berkait dengan perumahan, pekerjaan dan juga kos sara hidup yang agak tinggi,

DSC_0154 (3)“Dan ruang-ruang dan peluang yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat tidak dipenuhi oleh pihak kerajaan,”katanya.

Oleh itu, kata beliau, usaha-usaha kebajikan telah digerakkan oleh PAS walaupun tidak menjadi kerajaan dan sekiranya diberikan mandat, PAS akan melaksanakan janji untuk mengeluarkan rakyat daripada tahap kemiskinan.

Wan Hasan yang juga Yang Dipertua PAS Dungun berkata demikian selepas menyempurnakan kerja-kerja gotong membaik pulih rumah seorang wanita yang hidup bersendirian di kawasan belukar, Kampung Rajawali dekat Pulau Serai di sini, pada Jumaat 18 September.

Menurutnya, PAS Pusat sebelum ini telah pun mengeluarkan manifesto berkaitan yang bertajuk ‘Negara Berkebajikan’ dan ia dibawa ke peringkat negeri Terengganu.

Sehubungan itu, beliau yakin Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) yang diadakan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang akan menyumbang kepada kemenangan PAS di negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Program HARAP (yang) kita (adakan) adalah pemangkin kepada gerakan itu supaya rakyat mengetahui bahawa kita sampai pada tahap akar umbi rakyat,

DSC_0144 (2)“untuk (kita) mengetahui masalah mereka dan kita boleh merangka garis panduan yang (akan) dijadikan manifesto pada PRU14 akan datang untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya yang berkait dengan kemiskinan,”jelasnya yang merujuk kepada pemerintahan kerajaan PAS dari tahun 1999 hingga 2004.

Katanya, harapan rakyat yang telah digerakkan bermula dengan HARAP 3.1 pada bukan Febfuati lalu, akan diteruskan sehingga PRU 14.

“InsyaAllah dengan usaha ini, Allah ta’ala akan memerikan satu peluang untuk kita kemaskan (kebangkitan) rakyat pada Pilihanraya yang ke 14 akan datang,”katanya yakin.

Sementara itu, ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, pihaknya telah menggerakkan gotong royong membaik pulih lima rumah rakyat yang terpilih di lima lokaliti.

“kita ada gotong royong dan kita pilih 5 UPU dalam DUN Rantau Abang ini dan ini adalah salah satu rumah yang kita pilih (dan) yang ini dalam UPU Pulau Serai, empat lagi UPU Tok Kah, UPU Kuala Abang,  UPU Seberang Pintasan dan UPU Pak Sabah.

“kita mengambil keputusan dengan peruntukan yang ada untuk membaiki sekadar kemampuan yang ada,”katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan