Pijak Gambar Presiden; PAS Terengganu, Wilayah, Kelantan dan Selangor Lapor Polis

1420

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu turut membantah dan membuat laporan polis terhadap tindakan dua orang warga tionghua yang dipercayai peserta himpunan Bersih 4, memijak gambar Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi.

IMG-20150902-WA0032Ketua Pemudanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah bersama Timbalannya Ustaz Hishamuddin Abdul Karim membuat laporan tersebut di balai polis Kuala Terengganu pagi ini.

“Tindakan memijak gambar Presiden PAS telah menghina dan menceroboh hqk kebebasan awam dalam demokrasi,

“Ia juga perbuatan bersifat provokatif dan menghasut yang boleh menimbulkan kekecohan yang mengancam keselamatan negara,”katanya menurut teks laporan polis yang dibuat.IMG-20150902-WA0005

Selain PAS Terengganu, beberapa negeri lain turut membuat laporan polis, termasuk Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Selangor.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohamad Noor Mohamad berkata, penghinaan tidak boleh di biarkan berlaku kepada sesiapa sahaja terutama dari seorang manusia yang siuman.

“Apatah lagi tindakan biadap tersebut di lakukan terhadap insan yang di hurmati bukan sahaja dalam negeri malah di iktiraf peranan dan ketokohannya di luar negara,”ujarnya selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur, semalam

Beliau berharap, semoga pihak PDRM mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan tindakan provokatif dan berniat jahat ini dapat di rungkai demi kesejahteraan dan ketenteraman awam

Saranan beliau, alangkah baik dan murninya jika pihak-pihak yang bertanggungjawab tampil ke muka memohon maaf atas ketelanjuran yang berlaku mungkin kerana terlalu mengikut emosi akibat telah di racuni pemikiran.