Ayuh Turun Dan Bersolidariti Dengan Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan!

1958

KUALA TERENGGANU – Seluruh rakyat negeri Terengganu diseru bersama-sama turun dan bersolidariti dengan program Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK 6.0) yang akan diadakan pada malam ini, Sabtu 22 Ogos.

IMG_20150816_224317Pengarahnya Haji Ahmad Amzad Hashim mengajak orang ramai agar tampil dan menunjukkan kepada seluruh negara bahawa rakyat Terengganu sedang bangkit melakukan perubahan.

“saya menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu supaya kita sama-sama menyatakan (da) menzahirkan solidariti kita bagi menunjukkan kepada seluruh negara bahawa kita bersama dengan semua negeri-negeri yang telah menganjurkan program ini,

“untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa kita (rakyat Terengganu) sedang dalam kebangkitan untuk melakukan perubahan bagi menyelamatkan negara kita dari kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),”tegasnya.

Menurutnya program tersebut akan diadakan di perkarangan Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu bermula pada jam 9.00 hingga 11.55 malam.

Katanya, isu yang melanda negara ini terlalu banyak akan diperkatakan dalam pidato oleh tokoh-tokoh peringkat nasional termasuk Naib Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha Agong PAS Dato’ Takiyuddin Hassan serta Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud

https://youtu.be/Jh_xISwIzbE