Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA NERUS – Ketua Lajnah Kebajikn Majilis Tindakan Dewan undangan negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Azman Abdullah telah menziarahi EncikShukri Bin Mohamed @ Awin, 34 tahun di Taman Batin Perdana , Kampung Batin pagi tadi.
“Selain dari strok separuh badan , suami saya juga mengidap penyakit jantung, darah tinggi, saraf dan komplikasi buah pinggang akibat dari pengambilan ubat,” ujar Puan Norizan, 27, isteri En. Shukri yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, memang tidak mencukupi, tambahan lagi ansuran rumah flat sebanyak RM240 sebulan perlu juga dibayar,” tambah Norizan


Walaupun sebelum ini, Menteri Besar yang juga ADUN Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman mendakwa pihaknya menyediakan van untuk mendapatkan perkhidmatan Rehabilitasi untuk pesakit saraf.
Persoalannya, kata Haji Azman, ke mana perginya van tersebut dan apabila diajukan kepada Pusat Khidmat, jawapan yang diterima ialah van sibuk digunakan untuk Pusat Khidmat DUN Umno dan Barisan Nasional. Jadi beliau terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi yang kosnya amat membebankan.
Ziarah yang juga disertai Ketua Muslimat PAS DUN Seberang Takir , Ustazah Fadilah Binti Mohamed, turut menyampaikan sumbangn dari pihak Muslimat PAS DUN Seberang Takir dan PAS Cawangan Taman Permint Perdana bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga ini.
Kepada yang ingin membantu, sebarang bantuan boleh disalurkan dengan menghubungi Puan Norazian ditalian 013 9903560.
Share Via Sec-Notes




























