Lim Kit Siang Jangan Terus Berbohong!

1453

KUALA TERENGGANU – PAS memberitahu Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya berhenti bercakap bohong kerana sudah berkali-kali Ahli Palimen Gelang Patah itu berbohong.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dato’ Mustafa Ali berkata, sebagai ahli politik yang veteran adalah tidak bagus kepada Lim Kit Siang untuk bercakap perkara yang tidak tepat.

“saya nak repon kepada satu kenyataan Kit Siang…..dia sudah acap kali membuat kenyataan ini yang menyatakan Presiden PAS tidak pernah menerima Anwar menjadi Perdana Menteri,

“saya nak beritahu Kit Siang……..berhentilah bercakap bohong sebab PAS tidak pernah menolak Anwar sebagai Perdana Menteri………kalau pun selama ini dia serang Presiden PAS bermacam-macam…….jangan lah sampai berbohong kepada rakyat,”tegasnya.

IMG-20150819-WA0044Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu sebagai respon kepada kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang di Gelang Patah, tiga hari yang lalu.

Sehubungan itu, beliau mendedahkan perancangan yang telah dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat, untuk mendapatkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bagi menjadi nilai tambah, meningkatkan sokongan orang Melayu, 3 hingga 5% untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum kali ke-13.

Katanya Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu telah bersetuju untuk keluar Umno dan menerima cadangan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR menang dalam PRU13 lepas.

Dato’ Mustafa Ali berkata, perkara itu dipersetujui Tengku Razaleigh melalui satu pertemuan bersama dengan beberapa pemimpin PAS dan juga PKR secara berasingan.

Katanya satu perjumpaan telah dibuat antara pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut dihadiri oleh al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz dan Dato’ Haron Din selain Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong PAS, serta Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Dr.Rahin Ghouse.

“kita dah maklumkan kepada DAP, saya sendiri yang maklumkan kepada Kit Siang tentang perkara ini…….,

“apa yang kita bincangkan dengan PKR adalah supaya kita dapatkan sokongan tambahan daripada orang Melayu dan Ku Li pun menyatakan kesediaannya,

IMG-20150819-WA0042“kita kemukakan kepada PKR, cadangan kita………..kalau kita menang dalam pilihanraya ini (PRK 13), Tengku Razaleigh dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri,”jelasnya.

Datro’ Mustafa berkata, Ku Li akan diberi peluang menjadi Perdana Menteri lebih dahulu untuk menstabilkan keadaan dalam masa tidak lebih tiga tahun dan selepas itu Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas itu.

“Ku Li sudah setuju dan saya cakap dengan Kit Siang, ini cadangan daripada PAS dan Kit Siang kata sekiranya Anwar dan PKR bersetuju,

“DAP akan bersama dan tidak ada halangan kepada DAP,”ujar Mustafa yang menegaskan PAS tidak pernah menolak Anwar menjadi Perdana Menteri.

Tetapi oleh kerana ia adalah perkara baharu yang dicadangkan oleh PAS, PKR telah meminta tempoh untuk menyatakan keputusannnya kepada cadangan tersebut.

Kira-kira dua minggu selepas itu, beliau berkata, Saifuddin Nasution sebagai Setiausaha Agong PKR ketika itu menghantar surat menyatakan keputusan Biro Politik PKR yang tidak menerima cadangan PAS untuk melantik Ku Li dan Anwar sebagai Perdana Menteri secara bergilir.

“tak kurang dua minggu (selepas itu) saya terima surat daripada Saifuddin bahawa pendirian PKR berkenaan apa yang kita bincang itu, mengekalkan Anwar sebagai Perdana Menteri,

“jadi dia (PKR) tak terima Ku Li menjadi Perdana Menteri…..itulah apa yang berlaku,”kata Dato’ Mustafa yang menambah, beliau bertanggungjawab atas pendedahan tersebut.

https://youtu.be/twwEEZ-ZaE8