PR DUN Sarawak; PAS Sudah Kenalpasti DUN Akan Ditandingi

982

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/09/serahkunci.JPG(Kemaskini 12.20am 26 Sept) MARANG – PAS sdah mengenalpasti dan membuat persiapan di kawasan-kawasan yang akan ditandinginya dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melancarkan Jentera Pilihanraya PAS pada Sabtu 18 September lalu.

“Di Sarawak, persiapan kita sekarang sudah masuk kepada tahap yang seterusya untuk Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada Sabtu yang lepas, yang berhormat  Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah melancarkan  jentera  pilihan raya Dewan Undangan negeri Sarawak (iaitu) .jentersa pas,

“Dimana ini (ia) telah dihadiri oleh semua  wakil-wakil daripada kawasan-kawasan yang sudah pun kita (kenalpasti) kemungkinan untuk bertanding,’jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pembangunan Fasa Ke-2 Madrasah Darul Iman, disini semalam.

(Gambar – Ustaz Nasha menyerahkan replika kunci Mdrasah DarulIman kepada YDP Marang Haji Yahaya Ali, simbolik pelancaran pembangunan Fasa Ke-2 Madrasah tersebut)

Menurutnya, jentera pilihanraya tersebut turut disertai dan dibantu oleh jentera negeri-negeri di Semenanjung, akan memberikan fokus kepada DUN-DUN yang menjadi sasaran PAS.

Beliau yang diamanahkan mempengerusikan Jawatankuasa terbabit berkata, bagi memantapkan persiapan menghadapi pihak Jabatan Pilihanraya PAS (JPP) dan Jabatan Pilihanraya PAS negeri-negeri (JPN) akan turun ke Sarawak dalam masa terdekat.

Oleh itu, berdasarkan sambutan dan respon dari masyarakat setempat, beliau yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan memperolehi kejayaan dalam pilihanraya DUN Sarawak.

“Melihat respon yang kita diberikan oleh masyarakat setempat kepada PAS dan kepada PR, adalah amat memberangsangkan, dengan cara kita (disambut) di lapangan terbang, ketika saya berjalan d bandar Kuching  dan sebagainya,

“orang datang menegur kita, orang datang meletakkan harapan, malah ada yang datang membawa (memberitahu) masalah, (dan) kita diminta menyelesaikan masalah,”katanya

Justeru, katanya, dengan ‘mood’ sedia ada, di tambah dengan bahang kemenangan di Sibu yang masih amat dirasai di kalangan rakyat, beliau berkeyakinan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah.

http://www.youtube.com/watch?v=TH9Cr7URtBY