Daftar Ahli Baru 4,000 Orang, Macamana PAS Dikatakan Sedang Hancur?

1429

Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS semakin tidak disukai ramai bahkan lebih teruk, ada yang berkata PAS sedang ‘hancur’.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS terus relevan dan semakin mendapat sokongan, walaupun diasak dari luar dan dalam khususnya apabila

Katanya, PAS semakin mendapat tempat di hati rakyat dengan penyertaan ahli baru seramai 4,000 orang.

“Makin ditekan, makin banyak borang ahli Pas seperti setiausaha agung maklumkan, hari ini kita ada 4,000 sebulan kita menerima keahlian baharu.

“Jadi macam sebuah parti yang dikatakan tengah nak hancur, tenggelam, bocor dan sebagainya, tiba-tiba penumpang terus naik…tak logik,” katanya pada sidang medi di Pejabat Agung Pas, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Exco Pemuda PAS Selangor yang bertindak keluar parti dan menyertai Gerakan Harapan Baru, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu yakin, isu dalaman Pas akan selesai menjelang akhir tahun ini.

“Pemuda PAS yakin, isu ini akan selesai dan hari ini pun saya sudah begitu selesa, apabila ahli-ahli sudah menyatakan komitmen mereka setiap kali kita turun ke negeri sama ada oleh Presiden PAS atau pimpinan lain.

“Dalam keadaan sekarang, kita perlukan kekuatan, sebuah parti tak dapat menjadi harapan rakyat kalau dia asyik balah dalaman,” ujarnya.

Beliau berkata, tindakan sesetengah pemimpin PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru dan menyerang PAS dari dalam disifatkan sebagai melakukan dosa apabila melanggar amanah.

“Mereka nak tubuh parti baru, nak hentam dari luar, itu lebih baik dan dari sudut agama pun tak ada dosa, itu demokratik.

“Tapi kalau mereka pegang jawatan dalam parti, hentam parti dari dalam, itu dosa dari sudut agama, itu kita panggil langgar amanah,” katanya lagi.