Rugi Masa dan Tenaga Kita……..Layan GHB

1051

GHB ini penyakit baru yang menghilangkan fokus semua komponen utama PR. Ia menyerap perhatian dengan segala hiruk pikuk retoriknya yang ternyata kosong tetapi malangnya mencederakan bukan sahaja PAS, tetapi juga PKR yg ahli dan penyokongnya adalah tulang belakang GHB, tukang edar poster, gantung banner GHB, sehingga ada yang begitu keliru sehingga melompat parti ke DAP dengan angka ratusan orang setakat ini.

Dokongan PKR kepada GHB hanya merosak hubungan PKR dengan PAS. Sedangkan seperti DAP sebelum ini bergantung kepada jentera PAS untuk menang peti undi melayu, PKR lebih-lebih lagi terutama bagi pemimpin PKR yg melayu.

Mungkin ramai yang lupa, PAS lah yg membantu DS Anwar Ibrahim menubuhkan PKR dengan ahli-ahli PAS diserap ke dalam PKR di peringkat awalnya. Sama macam orang-orang PKR yan jadi jentera balik tabir disebalik GHB.

DAP sendiri yang terlalu sangat fokus menjalankan kempen merosakkan persepsi awam kepada PAS, telah dgn agresif mendokong Parti baru yg jadi alat harapan DAP, sebenarnya sedang menonjolkan chauvinisme cina yg menebal dikalangan pemimpin tertinggi DAP. Ini adalah satu sikap yg amat membimbangkan masyarakat cina sendiri dalam jangka panjang kerana kerosakan perpaduan dan keharmonian oleh prejudis perkauman yang akan sukar diperbaiki.

Perhatikan rata-rata kepimpinan DAP dikalangan kaum India seperti diam dan terpinggir.

Dokongan elit kepimpinan chauvinisme cina dalam DAP kepada sekelompok pemimpin kecewa dari PAS adalah phenomenal sifatnya dan tidak akan kekal lama. Seperti jugalah caranya DAP melayan PASMA yg kini tidak lagi berbunyi apa-apa. Tokoh seperti Phahrol Razi yg pernah berada di dada akhbar sebagai bakal pengganti Anwar sudah tenggelam walau sebelum ini diberi segala dokongan oleh DAP.

DAP hanya memperalatkan GHB untuk mengekang pengaruh PAS yg dilihat paling mendapat tempat sebagai pengganti kepada UMNO. PAS yang mempunyai segala kesungguhan untuk mempertahankan agama Islam dan kepentingan orang orang melayu. PAS sangat nyata beristiqomah dengan perjuangan itu.

Jika PAS tidak dikacau, dipecahkan, orang Islam, orang melayu cuma ada pilihan nyata menggabungkan diri dengan PAS.

DAP tahu paling maksima berapa bilangan kawasan bukan melayu yg mereka boleh menang. Itupun dengan adanya undi orang melayu mereka telah sampai ke satu tahap tepu yg tak memungkinkan DAP menang lebih dari bilangan kerusi yg mereka dapat sekarang. Sudah sampai kemuncak.

Yang mereka bimbang jika orang orang melayu bersatu, dan pilihannya cuma ada satu iaitu PAS, maka PAS punya ruang yg sangat jauh lebih besar untuk melebarkan kemenangan kerusi.

Kesemua 87 kerusi PARLIMEN kawasan melayu yang dimenangi UMNO sekarang adalah medan tradisi PAS yang jarang didengar PAS hilang wang pertaruhan. Asas kekuatan sudah ada. Jentera sudah ada.

Ini belum lagi berpuluh lagi kerusi parlimen yang PAS sudahpun sedia menang.

DAP sangat takut keadaan ini. Kerana ia akan menjejaskan kedudukan DAP sebagai ‘de facto mastermind’ yang mencorakkan halatuju pakatan politik yang mahu menggantikan BN sekarang. Mereka punya kerusi terbanyak. Maka DAP lah boss nya. Jika PAS punya kerusi lebih banyak, pengaruh DAP akan “diluted”, cair.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menyebut bahawa PAS cukup menerima hakikat negara ini masyarakatnya majmuk. Tiada parti boleh memerintah sendiri. PAS sendiri tidak pernah berkata akan menolak sebarang kerjasama dalam pemerintahan.

PAS difitnah apabila mencadangkan konsep Kerajaan Perpaduan. Satu konsep kerjasama parti2 politik yang kemudian diputar belit dgn dakyah mahu membawa PAS ke dalam UMNO.

Saya masih ingat dalam satu perbualan peribadi dengan DS TGHH di mana beliau menyebut, usahalah bersungguh sungguh agar PAS dapat minima di parlimen 40 kerusi. InsyaAllah jalan akan terbuka untuk titik keseimbangan baru dalam politik negara. BN akan terkubur dengan sendirinya.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ajk Penerangan PAS PUSAT
10hb Ogos 2015