Muscat, OMAN – Rombongan Misi Bantuan Kemanusiaan ke negara Yaman yang dianjurkan oleh NGO Yemeni Care, telah selamat sampai di bandar ini pagi Rabu.


“Alhamdulillah kami selamat tiba di muscat oman, walau pun berlaku sedikit kesulitan, dan in sha Allah kami akan terus bergerak ke (bandar) Salalah menaiki bas untuk (sebelum meneruskan perjalanan) masuk ke (negara) Yaman.
“Untuk kami sampaikan terus sumbangan rakyat Malaysia kepada warga Yaman yang sedang menghadapi ujian dan kesusahan,”ujarnya.


“Malangnya mereka yang menaiki pesawat berasingan tidak dapt terbang pada waktu ditetapkan kerana masalah teknikal pesawat terbabit,”jelasnya.
Belaiu yang juga bekas pelajar Yaman terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kedutaan Malaysia di Yaman, para penyumbang yang muhsinin dan lain-lain yang membantu dan bekerjasama menjayaksn Misi Yemdni Care.
“Hanya satu sahaja yang kami pohon, doakan kepada kami agar misi ini berjaya, selamat pergi dan pulang,”tambah beliau.





























