PAS Parti Politik ‘Berwahyu’; Tenang Menghadapi Pergolakan

1728

KUALA TERENGGANU – Walaupun PAS dilihat menghadapi pelbagai ujian dan dugaan mutakhir ini, namun Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meneguhkan pendiriannya sebagai salah satu dari ‘sayap’ baru parti itu.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu Dr. Bala Chandran GK menegaskan sokongannya kepada PAS dan Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“apa yang saya mahu kata di sini ialah, walaupun kita menghadapi dugaan dan cabaran, nadi dan jantung DHPP masih bersama Tuan Guru Presiden,

“itu kita tidak berubah…..walaupun ada satu dua (orang) yang lari dari perjuangan (ini),”katanya.

https://youtu.be/-kARHEthChM

Menurut beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan DHPP Pusat, ahli-ahli dan penyokong PAS perlu memperbaharui niat masing-masing ketika menyertai PAS, iaitu untuk menegakkan Islam dan bukannya hanya untuk menjatuh Umno dan Barisan Nasional (BN).

“saya selalu katakana, bila kita menjadi ahli PAS, niat kita adalah (amat) penting, niat (kita) untuk menjadi ahli PAS adalah untuk menegakkan(dan) mmperjuangkan Islam…….bukan untuk menjatuhkan (Umno dan) BN,

“kalau kita (hanya) ada berniat untuk menjatuhkan BN (sahaja) kita akan ‘melanggar’ semua aqidah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Tindakan DUN Batu Burok di Kuala Ibai pada Sabtu, 1 Ogos.

Tetapi sebaliknya kata beliau, sekiranya ahli dan penyokong serta seluruh umat Islam berniat untuk menegak Islam, dengan keadilan Islam itu, Umno dan BN akan ‘tersungkur’ dengan sendirinya.

Beliau mendakwa, parti yang paling tenang ketika diuji dan menghadi sebarang pDr Bala raya batu buroka.pngegolakan,ialah PAS kerana katanya, PAS bukan parti politik biasa.

Namun katanya, PAS adalah parti politik yang ‘berwahyu’ yang menganggap dugaan dan ujian itu adalah rahmat dan hikmah dari Allah SWT.

“yang paling tenang dalam (menghadapi sebarang) pergolakan ialah PAS……….dua hari lepas saya dengan Tuan Guru Presiden…..dia cukup tenang dan saya pun (jadi) tenang,

“dugaan dan cabaran adalah rahmat dan hikmah yang kita perlu yang kita perlu faham sebab PAS bukan sebarangan parti (politik biasa) seperti DAP atau PKR,

“tapi PAS adalah satu parti politik ‘yang berwahyu’,”ujarnya yang menambah, wsalaupun beliau bukan Islam, tetapi ‘jiwanya’ bersama Islam.

Oleh itu, beliau menyeru agar ahli dan penyokong PAS tidak perlu hilang dari fokus, untuk menegakkan syariat dan keadilan Islam di atas muka bumi ini.