Pemimpin BN Pilih Kasih Agih Bantuan Tika Rakyat Terhimpit Dengan Pelbagai Cukai

1432

DUNGUN – Pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan menjadi beban kepada rakyat sehingga tiada lagi baki simpanan kepada rakyat untuk berbelanja.

IMG-20150726-WA0031Dalam keadaan yang serba sukar sekarang, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menegaskan bahawa pengajaran kisah dari al-Quran mesti diambil pedoman kepada semua sebagai iktibar.

“Perbelanjaan yang kita keluarkan dengan cukai yang dikenakan sebenarnya adalah bagi membayar hutang negara yang terpaksa rakyat tanggung dan akhirnya menjadi bebanan kepada rakyat.

“Disinilah kita harus mengambil iktibar dengan biarlah kita menjadi Musa-Musa kecil dengan makna kita menentang kerajaan yang bersikap menindas, menekan dan merpersulitkan keadaan kehidupan rakyat yang menjadi tugas utama kita.,”jelasnya.

Nasihat itu disampaikan beliau semasa memberi ucapan pada Majlis Sambutan Hari Raya ADUN Rantau Abang di Markaz Pas Binjai@Che Lijah pada Sabtu 25 Julai.IMG-20150726-WA0030

“ Inilah tugas kita yang utama dan sebab itulah kita mengambil tanggungjawab bagi memenangkan DUN Rantau Abang dan Parlimen Dungun pada PRU 13 yang lalu dan kita mengharapkan ia berkekalan pada PRU 14 yang akan datang,”ujarnya.

Sementara itu Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Rantau Abang dengan kerjasama PAS Cawangan Binjai/Che Lijah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat sekitar.

Dengan kehadiran ribuan warga, menunjukkan PAS terus mendapat sokongan rakyat dalam keadaan pelbagai isu dalaman yang timbul,

Dalam pada itu, ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, menjadi tanggungjawab kepada semua untuk terus beristiqomah dalam perkara yang kita semua lakukan dalam bulan Ramadhan bagi mencapai ketakwaan kepada Allah SWT.IMG-20150726-WA0029

“Marilah kita sama-sama tinggalkan perkara yang mungkar dalam kehidupan kita bagi mendapat redha Allah.

“Apa yang lebih penting adalah kita sama-sama memberi sumbangan dari segi tenaga dan wang ringgit bagi membantu mereka yang memerlukan terutama dalam keadaa peruntukan daripada kerajaan yang memerintah menafikan peruntukan yang sepatutnya.”katanya

Namun begitu, beliau kesal kerana dalam keadaan hidup rakyat yang terus terhimpit, masih ada lagi pemimpin BN yang memberi sumbangan secara pilih kasih dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

“mereka terus memberi tekanan kepada rakyat yang miskin dan daif dalam agihan sumbangan walaupun mereka memang terbukti tiada kemampuan,”katanya.