Pakatan ’Pengsan’ Diketuk Oleh DAP

1134

KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini adalah dalam keadaan ‘pengsan’ bukan mati sebagaimana yang diisytiharkan oleh DAP.

Pengarah Pilihanraya PAS Dato’ Mustafa Ali berkata, PR belum mati tetapi ‘pengsan’ kerana ia telah ‘diketuk’ oleh DAP yang pening.

IMG_20150619_003758“Pakatan Rakyat ‘Pengsan’ apa sebab pengsan………… oleh kerana masing-masing (parti dalam PR) ada perjuangan dan matlamat, tanpa mengkesampingkan hala tuju dalam Pakatan Rakyat,

“PAS bagi ubat (penawar) kepada masalah yang (sedang) melanda negara dengan caranya, tapi ubat yang diberi oleh PAS ada kesan sampingan, yang membuatkan DAP jadi pening,

“jadi DAP tak tahan (kerana pening)…………dia ketuk (PR) jadi pengsan….jadi PR pengsan sekarang ini,”ujarnya memberi ‘analogi’ politik, keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu pada Khamis 18 Jun, dalam mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, yang telah mengisytiharkan PR telah mati.

IMG_20150619_003525Namun sebaliknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata beliau, tidak menyifatkan PR telah mati.

Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam kenyataannya semalam menjelaskan bahawa, PR tidak mati, tetapi kini ‘tidak boleh berfungsi’.

“Kalau mati betul ada anak (negeri di bawah PR) yang nak kena jaga, anak (negeri) Selangor…………anak Pulau Pinang, DAP tak ada majority yang jelas, dia bergantung kepada PR,

“Bagi saya walaupun apa yang berlaku, (PR) pengsan………..kalau kena gaya dia boleh hidup,”jelasnya

Bekas Setiausaha Agung PAS sesi 2013 – 2015 itu, membentangkan sejarah asas penubuhan PR itu adalah dari pakatan yang dibuat melalui Barisan Alternatif (BA).

Menurutnya, DAP pernah keluar dari BA, tetapi pakatan politik yang masih dianggotai oleh PAS dan PKR tidak mati, dan diteruskan.

IMG-20150618-WA0040Bermula 1999, BA yang terdiri dari empat parti,tetapi parti utamanya adalah PAS, DAP dan PKR tetapi tahun 2001 DAP keluar.

“DAP keluar secara ‘unilateral’ secara bersendirian, bila DAP keluar BA masih jalan, masih berfungsi sehingga menghadapi 2004, malah 2008 BA masih berjalan antara PKR dengan PAS, (dan) DAP pada tahun 2008 atas persepakatan menghadapi BN satu lawan satu,

“dan selepas 2008 itu ditubuhkan PR………..jadi kalau satu keluar, dua (parti) masih boleh berfungsi dia masih boleh hidup (seperti BA dahulu),

“sebab itu Wan Azizah gunakan istisah PR berfungsi secara tidak normal……dia tak kata (PR) mati…….jadi kita (parti-parti dalam PR) samada nak buat semakan untuk ‘hidup’ (dari pengsan) atau beri ‘ubat’ supaya terus mati……,

“itu tengoklah macamana (tindakan yang akan diambil),”katanya lagi