MARANG – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Haji Razman Zakaria berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi menipu rakyat Malaysia, setelah banyak penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.
Menurutnya, sama sahaja kemungkaran yang dilakukan oleh Umno dan BN, samada zaman Tun Mahathir Mohamed, mahu pun zaman Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) atau pun zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak.
“Pada zaman Mahatir menjadi Perdana Menteri, beliau telah melakukan usaha menyelamatkan syarikat perkapalan yang membabitkan anaknya dengan wang rakyat jutaan ringgit,


“maka rakyat undi Umno-BN lagi,”ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada prohram Himpunan Terus Beristiqamah Hinga Mencapai Kemenangan, di Dewan Tok Guru Rusila dekat sini semalam, Selasa 16 Jun.
Pada zaman Pak Lah kata beliau, walaupun dikenali sebagai PM yang suka tidur, Paklah telah menjual dua telaga minyak negara.
Manakala menurutnya pada zaman Najib, bilionan ringgit pula telah hilang kerana projek 1MDB.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dr Khairuddin Aman Razali menegaskan, PAS istiqamah dalam setiap dasar yang dibawa termasuk tetap pendirian dalam isu haramnya GST.
Begitu juga, kata beliau dalam soal kenaikan harga bayaran tol dan isu membabitkan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa dua.
Katanya, dari dahulu sehingga kini dan akan datang, cukai GST tetap haram kerana telah mengambil wang dari orang miskin yang bercanggah dengan sistem zakat, mengambil dari orang kaya dan memberikan kepada orang miskin.


Oleh itu beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menyeru supaya ahli-ahli PAS istiqamah untuk menukarkan kerajaan sedia ada kepada kepada kerajaan Islam yang adil.
“PAS (berjuang) nak bawa sistem Islam, bukan nak menggantikan kerajaan jahiliyah digantikan hdengan jahiliyah yang baru…..bukan nak gantikan kerajaan sekular digantikan dengan sekular yang baru, bukan nak gantikan kerajaan sosialis……(dan) digantikan dengan kerajaan sosialis yang baru,
“tapi kita nak gantikan kerajaan jahiliyah, kerajaan sosialis, kerajaan sekularis dengan kerajaan Islam…..ini perjuangan kita,”jelasnya.





























