Terengganu, Malaysia

Mohon Sumbangan Derma Mangsa Kebakaran

Mohon Sumbangan Derma Mangsa Kebakaran

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Terengganu melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatanmelancarkan derma kilat untuk membantu dua orang warga bandaraya ini yang telah ditimpa musibah.

Setiausahanya, Ustaz Mohd Soud Said berkata,kedua-dua mereka menerima ujian dari Allah SWT apabila rumah mereka telah terbakar.

IMG-20150613-WA0041_resized“dua buah rumah mangsa kebakaran pada hari ini (semalam 13 Jun) di Kampung Sungai Rengas iaitu; Ahmad bin Salleh dan Burhanuddin bin Mohammad,

“Kami mengalualukan sumbangan derma dari muslimin dan muslimat bagi meringankan beban mangsa kebakaran tersebut,”ujar Ustaz Soud.

Sehubungan itu, beliau berkata, sumbangan boleh di serah secara tunai kepada wakil Lajnah Kebajikan atau para penyumbang boleh memberikan ‘saham akhirat’ merek melalui akaun Bank Islam atas nama BADAN KEBAJIKAN PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU No akaun: 13017010044705.

“Utk maklumat lanjut sila hubungi Ketua Lajnah Kebajikan Ustaz Salleh) ditalian 017-9184416 atau hubungi pejabat PAS Kuala Terengganu di talian 09-6178591,

“Jazakumullah atas keprihatinan tuan dan puan dan saya bagi pihak PAS Kuala Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu semasa kebakaran tersebut berlaku,”tambahnya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan