Terengganu, Malaysia

Bulan Tarbiyah Selaras Tema ‘Istiqamah Sehingga Kemenangan’

Bulan Tarbiyah Selaras Tema ‘Istiqamah Sehingga Kemenangan’

KUALA TERENGGANU – Dewan pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memulakan langkah awal setelah hanya sepuluh hari Muktamar Tahunan Kali Ke-56, Pemuda PAS Malaysia berlalu, apabila melancarkan program Bulan Tarbiyah.

Menurut Timbalan Ketua DPPNT Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, program tersebut akan memantapkan tarbiah haraki para pemuda Terengganu.

“Bulan Tarbiyyah ini di lancarkan bagi memperkasakan saf pemuda dengan tarbiyah yang lebih mantap, dari sudut haraki,”

IMG-20150611-WA0148“bertepatan dengan tema muktamar tahun ini (iaitu) ‘Istiqamah Sehingga Kemenangan’,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran, di masjid Pengadang Baru dekat sini pada Khamis malam 11 Jun.

ADUN Tepoh itu juga menyifatkan, langkah memperkenalkan bulan tarbiyah merupakan satu langkah bijak dalam memperkemaskan ahli dengan program-program latihan kerohanian pada bulan Ramadhan nanti.

Katanya, para pemuda di kawasan-kawasan akan mengatur pelbagai program bagi menarik minat orang muda.

“peringkat kawasan diarahkan untuk mengatur program berbentuk haraki seperti program usrah yang telah berjalan sejak lama diperingkat akar umbi seperti cawangan cawangan,

“di harapkan dengan mengatur program-program yang akan menarik minat anak muda ini akan menjadi pemudah bicara untuk mendekatkan anak muda dengan PAS itu sendiri,

“dan pihak pemuda negeri dibawah lajnah tarbiyah menyerahkan pada lajnah tarbiyah peringkat kawasan dan dun mengatur program mereka apatah lagi dalam menyambut bulan Ramadhan itu sendiri,”tambah beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan