Terengganu, Malaysia
Pendapat

Tetap Bersama Pakatan, Tolak Percaturan DAP

20150604_101740

Oleh: Ahmad Amzad Hashim

Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam menegaskan PAS sepanjang sejarahnya adalah parti yg bukan sifatnya memencilkan diri dari masyarakat majmuk yang terdiri dari berbagai bangsa, agama dan latar belakang kehidupan.

Sejak penubuhannya PAS paling berpengalaman bertahaluf dengan parti parti lain dalam memperjuangkan kepentingan bersama.

Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS tidak boleh meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan dalam menegakkan hukum hukum Allah hanya semata mata kerana mahu mengambil hati rakan tahaluf.

Sementelah lagi dalam keadaan yang paling buruk bila DAP campurtangan dalam urusan agama dan hukum Islam yang sedikitpun tidak berkaitan bukan Islam seperti dalam soal Hudud. Malah tidak menghormati hak demokratik 95% rakyat Kelantan.

amzad muktamar (3)Lebih buruk tindakan biadab DAP yang berterusan menghina pemimpin peminpin PAS yang dihormati di peringkat antarabangsa sebaris dalam tokoh-tokoh paling kanan ulama dan pemimpin gerakan Islam dunia.

Malah mencatur dan berkempen serta mengugut ahli ahli PAS agar memilih pemimpin yang menjadi harapan DAP.

Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan dasar yg jelas terang benderang bahawa PAS tetap komited di dalam Pakatan Rakyat yang menepati syarat syarat yg telah dipersetujui dalam persefahaman bersama rakan rakan komponen.

Dalam hal ini ahli dan rakyat memerhatikan dgn jelas perbuatan DAP yang melanggar persetujuan bersama. Malah mengheret PAS agar melupakan prinsip dan dasar perjuangan PAS.

Kenyataan terbaru Nga Kor Ming yg bermaksud supaya PAS membuang alim ulama adalah kenyataan yg hanya tergamak keluar dari mulut seorang yg celaka.

Beliau adalah salah seorang pemimpin DAP yg paling kurang ajar selain ketuanya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang telah merosakkan seluruh persepsi orang2 Islam dan melayu terhadap DAP.

Jika beginilah gaya ‘persahabatan’ yg diberikan oleh DAP, meneruskan hubungan dengan DAP yg masih dipimpin oleh tokoh bersikap sebegini akan berterusan menjadi liabiliti yang merencat sokongan orang orang Islam dan usaha meyakinkan orang orang melayu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai ke bahtera PAS meninggalkan bahtera nazak UMNO yang hampir karam dan amat bahaya kepada negara.

Kerana itu usul yang diluluskan oleh Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP disamping mengekalkan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah tepat.

PAS telah menegaskan secara istiqomah/berterusan untuk bersama PR.

Selain DAP, banyak pihak lain bersedia mengambil peranan untuk bekerjasama dgn PR jika peranan PAS memenangi sokongan terbanyak orang orang Islam khususnya Melayu dapat dijayakan kerana tidak dapat tidak dalam politik negara ini, realitinya tunjang kuasa tetap bergantung sokongan rakyat dari kalangan melayu yg membentuk lebih 60% dari seluruh rakyat Malaysia.

PAS sendiri ada Dewan Himpunan Penyokong PAS.

DAP perlu mengerti bahawa kuasa sementara yg dipinjamkan kepada mereka adalah kerana jumlah undi yg besar dari orang2 Melayu/Islam.

Teruskan dengan Pakatan Rakyat.
Putuskan kerjasama dengan DAP.

***Hj Ahmad Amzad Hashim ialah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan