Terengganu, Malaysia

Usah ‘Terlalai’ Dengan Kemenangan Yang Sedikit – Presiden PAS

Usah ‘Terlalai’ Dengan Kemenangan Yang Sedikit – Presiden PAS

Oleh : SMN

KUALA SELANGOR – Bagi mendepani berbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di sepanjang perjalanannya pada waktu ini, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggaris ‘tiga sudut’ membentuk halatuju PAS untuk tempoh setahun akan datang.

“Ianya adalah, istiqamah PAS dengan dasar, mempertegaskan bahawa PAS membawa mesej Islam, (dan) mengadakan semua pedekatan dengan pihak lain mengikut panduan al-Quran dan Sunnah,

abdul hadi muktamar 61“seperti Tahaluf Siyasi, Ta’awun, Dialog dan lain-lain,”ujarnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Stadium Tertutup, di sini pada Khamis 4 Jun.

Oleh itu, dalam menguruskan semua hubungan dengan Islam, Ustaz Hadi menjelaskan, al-Quran meletakkan sifat mendapat kuasa untuk memerintah negara (Tamkin).

“(ia) hendaklah berkonsepkan : Mendirikan sembahyang; di mana kepada kerajaan Islam bukan sekadar mendirikan masjid dengan bangunannya sahaja, tetapi juga meletakkan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan seluruh aspek perlembagaan,

“undang-undang negara dan pengurusannya adalah sebahagian daripada urusan agama yang termasuk dalam perhitungan dosa dan pahala,”ujar beliau.

IMG_0764 (2)Iaitu, menurutnya, ia berdasarkan ayat 41 dalam surah al-Hajj yang bermaksud, mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Maka, kata beliau, di situlah penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang besar sekiranya kita beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya berhenti sekadar di Putrajaya.

“Wawasan kita ialah kemenangan dunia yang dekat dan kemenangan paling besar di akhirat. Inilah juga perbezaan kita dengan semua pihak yang lain sama ada kawan atau lawan,”tegas beliau.

Manakala berkaitan dengan pendekatan PAS dengan pihak luar, PAS telah melaksanakan pendekatan menurut al-Quran dan as-Sunnah serta sirah nabawiyah dalam tindakan ‘siyasah’ sejak ia ditubuhkan pada 1951.

“Maka kita melaksanakan Tahaluf, Ta’awun, Dialog, dan berbagai pendekatan lainnya. Aspek Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah merupakan dasar yang telah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh PAS sejak berpuluh tahun lalu.

“20150604_101740Sejarah panjang perjuangan PAS meyaksikan bagaimana PAS telah melakukan kerjasama politik dengan Parti Negara yang di asaskan oleh Dato Onn Jaafar bila mana beliau keluar dari parti UMNO yang diasaskannya.

“Demikian juga PAS menyertai Kerajaan Campuran dan BN selepas pergolakan politik tahun 1969, Majlis Perunding Ekonomi Negara bersama Angkatan Perpaduan Ummah 1990, bersama dengan PKR dan DAP tahun 1999 dalam Barisan Alternatif dan kini bersama Pakatan Rakyat yang di asas pasca pilihan raya umum 2008,”katanya.

Sejarah yang telah terpahat itu, kata beliau, membuktikan bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang tertutup, atau juga bukan parti yang hanya menghafal hukum-hukum feqah semata-mata sehingga tidak memahami waqie politik negara.

Namun katanya, kesemua itu dilakukan melalui kaedah – kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat-syarat yang tidak mengikat kita untuk membawa Islam.

20150604_101637“Perlu kita ingat, bahawa apa sahaja persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda Islam yang dibawa adalah tidak boleh diikuti sama sekali.

“Sepanjang sejarah tahaluf dan lain-lain, kita sering memperingatkan pimpinan dan ahli agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan, memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan,”tambah beliau.

Katanya, kemenangan ‘sedikit’ yang diberikan oleh Allah Taala telah menguji PAS dan ahli-ahlinya

Namun kata beliau, janganlah kemenangan itu menyebabkan ahli-ahli dan penyokong PAS terlalai, sehingga lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir dengan peraturan agama.

Justeru, beliau menekankan bahawa, PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.

https://youtu.be/TiMKHdnUDxQ

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan