Oleh : Asyi’atusy Syams
Heboh diperkatakan berkenaan muktamar pemuda pada malam ini yang tidak membenarkan pemerhati dan juga para aktivis media untuk masuk ke dalam dewan muktamar pada tahun ini.


Mengapa kami dihalang dari berbuat sedemikian belum terjawab, Sedangkan niat kami hanya ingin menyampaikan berita yang tulus dan benar kepada masyarakat.
Hari ini perkara tersebut berulang kembali..sahabat-sahabatku yang diberi amanah untuk membuat liputan pula dihalang untuk masuk ke dewan muktamar pemuda.
Kini ku mengharapkan agar peristiwa yang sama tidak berulang pada esok hari dimana kami ditugaskan untuk membuat liputan untuk muktamar dewan muslimat pada esok hari


Adakah mereka takut di “booo” oleh para pemerhati..begitulah dapat dilihat pengecutnya dewan pemuda di bawah pimpinan Suhaizan Kaiat.
Sehubungan itu, para pemerhati yang telah membayar yuran sebanyak RM10 untuk memasuki dewan Muktamar merasa tidak puas hati kerana mereka tidak dibenarkan mengikuti persidangan Muktamar Pemuda PAS Kali Ke-56 secara langsung.
Mereka telah mengadakan ‘flash mob’bantahan dengan mengangkat kadbod yang mengkritik tindakan ususetia panitia muktamar Pemuda tersebut.
https://youtu.be/dcBbwkq4St8




























