Ukuran Kejayaan Pemimpin

2629

Ada yang terlalu terpengaruh dengan pemikiran demokrasi atau hanya berjuang untuk demokrasi lalu mengukur kejayaan seorang pemimpin dengan berjaya menang dalam pilihanraya.

Atau diukur dengan sokongan manusia pada dakwahnya. Kalau itulah kayu ukurnya tentulah Nabi Nuh dikira gagal kerana berdakwah selama hampir seribu tahun tetapi yang beriman dengan baginda menurut beberapa riwayat tak lebih 100 orang.

Kalau menang dalam pilihanraya juga tanda kegagalan pemimpin maka ramailah pimpinan yang gagal dalam pilihanraya baru-baru ini.

Ukuran kejayaan seorang pemimpin ialah pada kekuatannya menyampaikan Islam, kesungguhannya mendidik pengikutnya untuk ke syurga Allah, untuk beraqidah dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam, kejayaannya menghabiskan seluruh usianya untuk Islam dan kejayaannya mempertahankan prinsip Islam dan usahanya menyusun strategi untuk Islam meniti kemenangan dakwah dan kuasa.

Bukan diukur dengan berapa bilangan pengikut dan bilangan sokongan demokrasi.

Kalau demokrasi semata-mata menjadi ukuran tentulah Islam sentiasa kalah kerana Allah berfirman dalam surah Aali Imran ayat 110;

مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

“Sebahagian mereka sahaja beriman dan kebanyakan manusia itu fasik melanggar perintah Allah”.

Namun, kemenangan Islam adalah pasti tatkala Allah tetapkan kemenangan lalu dibuka hati manusia sama ada yang kafir atau fasik untuk menyokong Islam.

Ia adalah janji Allah untuk orang yang berjuang dengan iman dan amal soleh serta yakin dengan kemenangan Islam.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
31 hb Mei 2015
10.40 pg Bandar Melaka.
www.drtakiri.blogspot.com