KUALA TERENGGANU – Pada umumnya, kaum Tionghua di bandaraya ini, tidak terkesan dengan ‘momokan’ pihak tertentu yang memberikan gambaran ‘negatif’ tentang syariah Islam, khususnya berkait perlaksanaan hukum Hudud.
Namun begitu, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kuala Terengganu, Jefri Chua tidak menafikan, ada segelintir golongan berusia yang merasa ‘takut’.
Tetapi beliau pasti, mereka yang ‘takut’ itu merasakan demikian kerana mereka dihasut dan peikiran mereka ‘diracuni’ oleh pihak tertentu tertamanya oleh parti politik.
“kalau saya kata, semua orang bukan Islam itu tak ada masalah…..….itu (macam) saya tipu la……….. memang ada hok sikitnya (segelintir) hok takut……kebanyakannya orang tua-tua la……,
“(rasa) takut (kepada hukum Islam) ni bila ada orang hasut…..baru (dia) jadi takut…….agenda ni (penghasut) dia nak menakutkan orang sahaja,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu pada Khamis, 28 Mei.
Walaupun beliau tidak mahu menamakan pihak yang menakut-nakutkan kaum Tionghua terhadap syariat Islam itu, namun beliau pasti, ia adalah parti politik dan orang-orang yang tidak suka kepada PAS.
“biasa hok benda gini memang orang politik…….orang biasa pun ada…..hok dok berahi ke parti PAS dia kata macam-macam……….
“(contohnya dia kata) kalau mu sokong dia (PAS) lain kali )kena) potong tangan….potong kaki….,”jelas beliau.
Justeru itu, Jefri yakin, tidak banyak perubahan yang berlaku kepada undi orang Tionghua Kuala Terengganu yang telah mengundi PAS an Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kali ke 13 yang lalu.
Bahkan beliau yakin, ia akan dapat ‘diraih’ semula menjelang pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.
“kita sebagai DHPP kena teruskan kerja kita la……..memang ada orang Cina yang tak puas hati…..tapi kalau ‘undi lari’ pun tak banyak…….,
“PRU 14 jauh lagi……jadi kita boleh memperbetulkannnya semula,”kata Jefri
https://youtu.be/t0sJ6OhCyiI










