Razif Tidak Jawab Banyak Isu-isu Dibongkar Ahmad Said

3125

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidangn dari 11hb hingga 14 Mei yang lalu telah menyaksikan pembongkaran Isu-isu utama negeri Terengganu.

Selama ini, kritikan dan dakwaan PAS terhadap isu-isu berkenaan tidak dipedulikan, bahkan pemimpin PAS dituduh berbohong dan memfitnah Umno Terengganu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/LPT2pic.jpgNamun kini, ia telah ‘dibongkar’ sendiri oleh bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said.

Antara perkara yang didedahkan oleh ADUN Kijal itu, adalah seperti berikut;

1. Status LPT2
Asal harga RM1.8 bilion – 50% perbelanjaan membangunkan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) adalah diambil daripada Dana Khas Terengganu, duit royalti minyak dan gas rakyat Terenganu. Lebuh raya di negeri-negeri lain hanya guna duit kerajaan pusat atau swasta, tiada wang negeri digunakan. Kos keseluruhan telah naik menjadi RM4 bilion. Sebuah syarikat swasta telah dilantik oleh kerajaan Umno Terengganu untuk kutip tol selepas hari raya Ediul Firi tahun ini, tapi sehingga kini belum diketahui, berapakah bahagaian yang akan diperolehi oleh kerajaan dan rakyat Terengganu daripada hasil kutipan tol itu. Sedangkan kos pembinaan LPT2 ditanggung sebahagiannya oleh kerajaan dan rakyat negeri Terengganu.

2. Sikap Kerajaan Negeri Dalam Isu Telaga Minyak Bertam PM307
Bertam, PM307, terletak kira-kira 120km dari Pantai Geliga, Kemaman, semuanya ada 15 telaga minyak, sekarang pengeluaran hanya 4 atau 5 telaga sahaja dengan nilai pengeluaran ialah RM100 juta setahun tetapi diberikan secara percuma kepada Pahang oleh PM Najib Razak dan kerajaan Umno Terengganu di pimpin Oleh Dato’ Razif Abdul Rahman serta Petronas diam membisu.

Bertam3. Bayaran Royalti Kepada Terengganu Dikurangkan?
Apa justifikasi kerajaan pusat bayar kurang kepada Terengganu? Penanda aras bayaran ialah satu tong (barel) USD75 (dolar Amerika). Ketika minyak naik kepada USD 140-150 sebarel, royalti tidak ditambah oleh kerajaan pusat. Tetapi apabila minyak turun ke USD 50-60 sebarel, tiba-tiba royalti dikurangkan.

4. Projek Penjanaan Bekalan Elektrik Secara Kerjasama Dengan TNB

Projek penjanaan tenaga elektrik bebas (IPP) bernilai lebih RM1 billion selama 25 tahun dengan anggaran keuntungan bersih paling kurang RM20 juta sebulan dan kerajaan negeri meminta 40% saham dari kerjasama itu dengan anggaran kerajaan negeri memperolehi pulangan sebanyak RM1 billion dalam masa 25 tahun. Setakat ini tidak diketahui status kontrak itu, tetapi berkemungkinan mengikut kata Ahmad Said, ia akan berpindah ke Gebeng.

5. Syarikat Lain Ambil Alih Kontrak Syarikat Percetakan Yayasan Terengganu (SPYT)
Dahulu SPYT hampir muflis, tetapi dibantu oleh kerajaan Terengganu dengan memberikan kontrak-kontrak pengiklanan dan mendapat keuntungan. Jadi SPYT telah berjaya menyelamatkan pekerjaan lebih kurang 100 orang kakitangannya. Tetapi sekarang ada syarikat lain yang mula diberikan kontrak mengambil alih kerja-kerja SPYT itu. Sebuah syarikat bernama NSR telah didakwa mendominasikan kontrak-kontrak itu. MB Razif tidak menjawab soalan Dato’ Tengku Hassan siapakah pemilik NSR itu. Jadi nasib 100 orang pekerja yang majoritinya dari Kuala Nerus, kawasan MB kini tidak menentu. TTB tidak dilaksanakan.

azmi
6. Wifi Percuma
Wifi percuma di Terengganu diambil alih oleh syarikat EGN Network Sdn Bhd dari Klang dan projek ‘e-book’ dihapuskan, diganti dengan ‘i-class’Apa jadi dengan e-book apabila i-class ambil alih? RM50 juta kos yang digunakan untuk perlaksanaan e-book, kemudian berapa pula bajet lain untuk i-class. Yang jadi mangsa ialah duit rakyat kerana dikatakan oleh Ahmad Said, projek yang sebelum ini diserahkan kepada anak syarikat kerajaan tetapi sekarang diambil oelh ‘orang-orang tertentu’

8. Isu Abang kepada MB, Haji Azmi Abdul Rahman
Persoalan perlantikan Azmi Abdul Rahman, abang kepada Razif sebagai Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors) Terengganu Incoperated dan membuka bilik operasi (pejabat) di Permai Inn (No. bilik 1001) tetapi tidak dijawab oleh MB.
Siapakah yang membayar harga (sewa) bilik itu? Dan Ahmad Said juga mendakwa Azmi melakukan ‘kerja-kerja yang tidak sepatutnya’ dilakukan sebagai seorang abang kepada MB.

kam3204(a)-asrama19. Monsoon Cup
Hampir RM1 billion telah habis bagi membina persiapan Monsoon Cup. Mendalamkan sungai, membina Hotel Riyaz yang tidak sempurna dan sehingga sekarang, kerajaan terpaksa menanggung pembaikiannya. Tapi Akhirnya, Monsson Cup berpindah ke Johor. Ahmad Said juga mengesahkan Monsoon Cup ada projek yang tidak untung (rugi).

10. Pembelian Bangunan YT Untuk Asrama Pelajar di al-Mansourah di Mesir
Terdapat beberapa perkara meragukan dalam pembelian bangunan YT di Mesir. Bangunan itu telah dibeli murah dahulunya iaitu dengan harga sebanyak 2 juta pound Mesir (kira-kira RM 1.2 juta ketika itu) sebelum dijual kembali kepada kerajaan negeri termasuk kos membaikpulih yang semuanya berjumlah USD4 juta (kira-kira RM13 juta ketika itu). Dan yang turut terlibat dalam urusniaga yang mencurigakan ini seperti dakwaan Ahmad Said ialah beberapa orang yang berkait rapat dengan YT.

11. Isu 1MDB
1MDB asalnya Terengganu Investment Authority (TIA), pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak di perairan Terengganu. Pada asalnya ia ditubuhkan atas kepentingan menjamin kekayaan minyak Terengganu dikekalkan untuk masa depan, sekiranya Terengganu tidak lagi menjadi pengeluar minyak. Ia dijangka mengumpulkan RM6 bilion dana hasil tawaran bon yang mencagarkan ‘bayaran royalti kerajaan negeri Terengganu’ yang belum diterima.