Catatan Hari Keenam Perjalanan Misi Kemanusiaan Ke Nepal

1383

Hari ini adalah hari terakhir misi kami di sini. Esok kami akan pulang ke Malaysia. Deligasi diberi peluang hari ini untuk acara bebas bagi memberi peluang mereka membeli apa apa yang patut.

2) Cg Hussin, Hj Jamaludin dan saya ada 1 lagi misi yang perlu di selesaikan iaitu misi menjejaki Buddha dan misi korban sempena aidiladha.

IMG-20150512-WA00463) Mengapa kami menjejaki Buddha ? Ini ialah kerana Syeikh Abd Majid Azzandani dari Yaman dan Maulana Abul Kalam Azad dari India mengatakan bahawa Nabi Zulkifli itu ialah Gautama Buddha. Zulkifli dalam bahasa arab bermakna ” orang yang berasal dari Kifli “. Kifli dalam bahasa arab berasal dari kalimah Kafila ( singkatan daripada Kapilvastu) yang merujuk kepada tempat asal kelahiran Buddha iaitu KAPILVASTU, tempat yang menempatkan istana ayah Gautama Buddha iaitu Raja Suddodem.

4) Di sekeliling tempat kelahiran Buddha itu terdapat banyak pokok species buah tin yang diberi nama ” Tiin Bodhi ” atau nama tempatannya ialah pokok Pippal. Ini lah yang dinyatakan oleh Syeikh Abd Majid Zandani ketika menafsirkan ayat surah At- Tin, beliau mengatakan bahawa ayat pertama surah At-Tin iaitu Wattin itu merujuk kepada Nabi Zulkifli yang berasal dari Kapilvastu dari Nepal.

5) Gautama Buddha lahir di bawah pokok Tiin Bodhi oleh ibunya Maya Devi dalam perjalanan pulang. Pokok Tiin Bodhi di anggap sebagai pokok suci orang hindu. Untuk rekod, orang hindu takkan tebang atau kerat pohon Tiin Bodhi, sekiranya mereka ingin melakukannya mereka akan meminta orang Islam yang buat.

6) Kami melihat buah dari pokok Tiin Bodhi ini sama bentuk dan rupanya dengan buah Tin. Pokok ini juga terdapat banyak ditapak istana ayah Buddha di Kapilvastu.

IMG-20150512-WA00547) Menurut Mr Abd Aziz Khan, cerita tentang Gautama Buddha bermula dari kelahiran sehingga ia keluar dari istana hanya keluar selepas 250 tahun kemudian. Ertinya ia menimbulkan banyak misteri yang perlu dibongkar.

8) Menurut Us Suraj, setiausaha ISN Lumbini yang juga seorang Daie, apabila Gautama Buddha keluar dari istana dan melihat keadaan sebenar rakyat India tentang kesusahan, kemelaratan, gelandangan dan bermacam lagi kesusahan, beliau mencari kebenaran dan pada masa itulah Buddha memperolehi makrifat dan beliau mengajak orang di sekelilingnya untuk meyembah Allah dan meninggalkan syirik.

9) Untuk itu, kami bertiga ke Domestik Airport untuk terbang ke Daerah LUMBINI iaitu daerah kelahiran Gautama Buddha. Setelah 30 minit menaiki flight Buddha Airlines kami sampai di Airport Lumbini dan di sambut oleh Sdr Suraj ( setiausaha ISN, Lumbini ) & Mr Abd Aziz Khan ( ajk ISN Lumbini ) .

10) Lumbini adalah daerah pertanian. Kegiatan utama penduduk di sini ialah bertani. 45% penduduk di sini muslim. Di kiri kanan jalan kita akan mendapati sawah sawah padi yang terbentang luas. Beras basmathi adalah antara tanaman utama di sini. Cuaca agak panas di sini. Suasana di sini sama seperti suasana dalam filem hindustan. Sayup kedengaran lagu lagu hindustan ketika kami bersarapan roti prata di sebuah warung yang dimiliki oleh rakyat nepal yang boleh bertutur bahasa melayu kerana pernah 4 tahun bekerja di kerteh.

11) Selepas sarapan kami terus di bawa ke bandar Lumbini, tempat dimana Gautama Buddha dilahirkan. Kereta tak dibenarkan masuk. Kami harus berjalan kira kira 600 meter dari pintu masuk tapak warisan itu. Sesampai di depan pintu yang menempatkan tempat kelahiran Gautama Buddha, kami harus menanggalkan kasut dan masuk ke kawasan kelahiran Buddha dengan hanya berstokin.

12) Kami tak dibenarkan merakamkan gambar tempat kelahiran Buddha. Ramai orang buddha dan hindu yang menziarahi tempat ini setiap masa. Tapi yang menariknya majoriti penduduk di Kapilvastu adalah muslim.

IMG-20150512-WA004313) Selepas itu, kami ke pejabat ISN Lumbini. Kami berbincang tentang cadangan untuk melakukan korban di sini. Kami dimaklumkan bahawa kerajaan tidak membenarkan penduduk di sini meyembelih, menjual, membeli dan memakan daging lembu. Binatang selain lembu dibenarkan.

14) Insyaallah kami akan mengadakan ibadah korban dengan kerjasama ISN di Lumbini insyaallah. Hj Zaman dan Sdr Hamid akan meyambung perbincangan lanjut nanti pada 14 mei ini.

15) Selepas solat zohor asar taqdim, kami ke Kapilvastu untuk melawat tapak warisan Istana Raja Sudhdodem, ayah Gautama Buddha. Pokok Tiin Bodhi juga banyak terdapat di sini. Untuk rekod juga, dimana terdapat pokok itu, disitu terdapatnya tempat sembahan orang hindu.

16) Kami melihat sami sami buddha ada di situ, ada juga yang tidur di bawah pokok besar di celah celah semak samun.

17) Selepas itu kami ke sebuah Madrasah Ibtidaie yang Mr Tahir ( Ketua ISN Lumbini ) bertindak sebagai mudirnya. Kira kira 300 orang pelajar di sini dengan 40% atau 120 orang daripadanya adalah pelajar bukan islam. Saya menyaksikan sendiri seorang pelajar bukan Islam membaca Al-Quran dengan lancar. Kami menghulurkan sedikit sumbangan di sini walau mereka bersungguh menolak.

IMG-20150512-WA004418) Selepas itu kami terus ke Airport untuk pulang ke Kathmandu. Wakil ISN sudah siap menunggu di Airport Kathmandu dan bawa kami pulang ke hotel.

19) Sebaik sampai di hotel, kami mendapat berita gembira dengan Islamnya Vishnu, pemandu yang membawa kami sepanjang misi kami di Nepal. Saudara Johari telah bertindak mengajarnya mengucap kalimah syahadah. Kami memberi nama beliau MUHAMMAD VISHNU.

20) Dengan islamnya Muhammad Vishnu menjadikan jumlah 4 orang telah kembali kepada Islam sepanjang tragedi gempa bumi Nepal.

21) Kami merasakan inilah kejayaan terbesar kami selama 1 minggu di sini.Alhamdulillah. Allah Akbar !! Semoga ujian gempa bumi ini menjadi rahmat kepada orang orang Nepal dam peluang yang besar untuk kami dan kumpulan islam yang lain untuk mengajak rakyat Nepal kembali kepada Islam.

Sekian catatan hari ke 6.

Wan Sukairi Wan Abdullah,
Hotel Holiday Taj,
Khatmandu,
11 mei 2015