Terengganu, Malaysia

Istiadat Pembukaan Sidang Dun; Tuanku mesra dengan Tuan Guru

abdul hadi sultan mizan

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ketiga Belas, bermula 11 hingga 14 Mei 2015 di Wisma Darul Iman, dekat sini.

Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hadir merasmikan pembukaan sidang Dun tersebut.

kam3195(k)-sidang11Tuanku Sultan Mizan bertitah mahu melihat rakyat di negeri ini menjadikan masjid sebagai tempat penyatuanumat Islam.

Justeru, kata baginda masjid wajar dipromosi sebagai wadah penyatuan umat Islam serta menghidupkan kembali peranannya denganaktiviti keagamaan.

“Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri (Terengganu) sentiasa komited dalam pelaksanaan masjid-masjid sesuai dengan prinsip ‘Masjid dan Surau Sumber Penyatuan’ dengan memperuntukkan RM40 juta setahun.

“Namun, beta ingin mengingatkan sesebuah masjid itu bukan ukuran dari segi kehebatan rekaannya, peralatan yang digunakan dan keluasannya tetapi fokus utama adalah untuk melihat rakyat menjadikan masjid sebagai tempat penyatuan umat Islam.

“Masjid harus dipromosikan sebagai wadah penyatuan umat Islam dengan menghidupkan kembali peranannya dengan aktiviti keagamaan, pembangunan ilmu dan sebagainya yang mana telah terbuktimembawa umat Islamke puncak peradaban teragung pada suatu ketika dahulu,” titahnya.

kam3195(d)-sidang4Sebelum itu, baginda Sultan Mizan turut melakukan pemeriksaan pembarisan kontinjen Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di lobi, U2 Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Selepas majlis perasmian Dun tersebut Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Sultanah Nur Zahirah menyertai santapan DiRaja dan bersalaman dengan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum berangkat pulang ke Istananya.

Ketika bersalaman dengan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga Tuanku Sultan sempat bertanya khabar seketika dengan Adun Rhu Rendang tersebut.

Pakatan Rakyat Terengganu mempunyai 15 orang Adunnya iaitu 14 terdiri dari Adun PAS dan seorang Adun Parti KeADILan Rakyat (PKR). Manakala, Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 Adun.

Namun begitu, mantan Menteri Besar (MB) Terengganu yang lalu, Dato’ Seri Ahmad Said tidak hadir pada hari pertama pembukaan Sidang Dun oleh Tuanku Sultan Terengganu tersebut.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan