Terengganu, Malaysia

Sambutan Peringatan 10 Tahun Perobohan Masjid Bujal

poster bujal iklan harakah

Oleh Mohd Tishaah

KEMAMAN – PAS kawasan Kemaman akan mengadakan sambutan memperingati 10 tahun robohnya Masjid Bujal, Kijal pada 21, 22 dan 23hb Mei 2015 di kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini.

Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, antara objektif utama sambutan ialah mengenang kembali kerakusan dan kezaliman kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“semasa pemerintahan Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (beliau) merobohkan berpuluh-puluh buah rumah penduduk di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal pada tahun 2005.

“termasuk merobohkan sebuah masjid yang dibina hasil sumbangan derma orang ramai,”ujarnya

Menurutnya, ia adalah kemuncak kepada sifat dendam pemimpin Umno Terengganu terhadap rakyat yang menyokong PAS.

Ustaz AliasKatanya, perobohan masjid yang hampir siap yang dibina oleh penduduk di RTB Kampung Bujal itu adalah bukti Umno adalah parti yang zalim dan menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap Islam.

Oleh itu, beliau berkata, pelbagai pengisian berbentuk ilmiah, kemasyarakatan, kesenian, kebudayaan, maklumat dan kesukanan akan dihidangkan kepada rakyat Kemaman khususnya dan rakyat Terengganu umumnya, sepanjang tiga hari sambutan ‘peringatan’ tersebut.

“diantaranya kuliah maghrib dan kuliah dhuha di tapak program serta di surau putih, Kampung Meraga Beris, Kijal,

“edaran risalah berkenaan peristiwa bujal 2005 akan dibuat untuk memberi maklumat kepada generasi muda (tentang) peristiwa hitam yang berlaku pada 2005 itu,”tambah beliau

Disamping itu, jelas Ustaz Alias lagi, slot ‘Kemaman Berselawat’, persembahan pentomen, nostalgia bersama mangsa tangkapan bujal 2005, akan menjadi tumpuan utama majlis tersebut.

Acara perasmian, kata beliau, akan disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Tuan Haji Yahaya Ali, pada malam 21 hb Mei.

“Ceramah Perdana 1 oleh Nai Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, mantan Menteri Besar Selangor Tan sri Muhammad Mohd Taib malik akan diadakan juga pada 22hb Mei,

“bicara bersama selebriti bersama Bob Lokman dan Abby Abadi akan diadakan pada petang tersebut disamping pertunjukan khas Unit Amal Kemaman,”tambah Ustaz Alias.

Pelbagai acara menarik seperti Karnival Jualan dan Pameran, Rawatan Perubatan Darus Syifa’, Pemeriksaan Perubatan Percuma, Pertandingan Pidato Pemuda, Pertandingan Mewarna Kanak – Kanak dan Jamuan Rakyat juga akan diadakan.

Ceramah Perdana 2 oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar dan Dato’ Ustaz Nashuruddin Daud serta Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat akan mengupas isu-isu ‘panas’ yang sedang melanda negara dan negeri Terengganu masa kini.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan