Kami ‘check out’ dari Yellow Pagoda Hotel pada jam 9:00 am. Selepas sarapan di hotel, kami berpindah ke Hotel Holiday Taj iaitu Hotel bajet tak jauh dari hotel pertama kami. Harga di sini hanya USD15 sehari untuk satu bilik berbanding USD100 di Yellow pagoda.
Selepas ‘check in’ di Taj Hotel, kami terus di bawa oleh bekas Presiden Islami Sangh Nepal Zulfikar Ali ke tempat pertama yang dilanda gempa bumi iaitu di bandar Bakhtafur yang terletak kira kira 40 km dari bandar Kathmandu.


Di Bakhtafur, Kuil dan rumah rumah penduduk banyak yang musnah. Sebahagiannya runtuh keseluruhan, sebahagian lagi musnah di bahagian bahagian tertentu dan sebahagian lagi mengalami kesan retakan yang sangat nyata yang bahaya untuk didiami serta memerlukan pembaikian yang banyak. Kebanyakan rumah rumah penduduk di sini berusia antara 50 ke 100 tahun. Mereka mendiami bangunan rumah yang dibina seperti sarang burung merpati, dengan keluasan rumah yang begitu sempit. Kawasan perumahan begitu padat.
Di anggarkan lebih dari 100 orang penduduk yang meninggal di sini semasa kejadian gempa bumi pada 25 april lalu.
Beberapa NGO dari China, Korea, Turki, Belanda dan India telah menyediakan perkhidmatan khemah bagi penduduk yang musnah rumah mereka, juga sumbangan makanan, termasuk aktiviti aktiviti untuk menghilangkan trauma terutama kepada kanak kanak. Pihak Samsung juga dilihat menyediakan khidmat jualan dan servis handphone dengan kadar khas.


Terdapat kira kira 20 khemah didirikan berhampiran 2 bangunan ini untuk penduduk yang terlibat dengan gempa bumi.
Kemudian kami juga di bawa ke bandar ‘Balaju’. Di Balaju banyak juga bangunan yang sebahagiannya hancur musnah berhampiran dengan BUDDHA MALL juga terdapat bangunan yang terbalik dan condong yang hampir roboh. Khemah khemah juga banyak didirikan di tepi tepi jalan utama.
Kami balik ke hotel selepas melawat tempat tempat terjejas akibat gempa dan selepas makan tengahari di Pejabat Islami Sangh Nepal.
Selepas Isya kami bermesyurat bersama ahli deligasi dan megambil beberapa keputusan yang kemudiannya di bawa ke mesyuarat bersama Koordinator Islami Sangh Nepal iaitu Dr Muazzam yang akhirnya kami bersetuju untuk :
1. Kami akan ke kawasan Gorkha pagi esok ( 8 Mei ) iaitu kawasan majoriti Muslim di Nepal dan melakukan SS ( Survey & Service) kami akan membawa membahagi sumbangan berupa barang makanan, blanket dan khemah kepada mangsa di kawasan Gorkha termasuk khidmat kesihatan oleh dua Doktor ahli delegasi.
2. Pihak Islami Sangh akan menyediakan 1 orang Guider (penunjuk jalan) dan pemandu serta kenderaan yang kosnya akan dibayar oleh kami.
3. Semua barangan keperluan akan disediakan oleh Islami Sangh dan kami akan menanggong semua kos.


Untuk rekod juga kami telah dimaklumkan oleh Bro Mian Waqas Waheed, MD Radiance International dari Khidmat Pakistan yang sekarang ini telah menjadi percakapan di kalangan orang Nepal yang sangat kagum dan memuji kesungguhan dan khidmat yang cepat yang di sampaikan kepada mangsa gempa bumi Nepal walaupun Muslim Nepal hanya 5% . Ada antara mangsa gempa bumi yang berkata bahawa mereka menyembah patong berhala sudah 40 tahun tetapi setelah gempa berlaku, tuhan tuhan mereka telah hancur dan sekarang tuhan kamu (Allah) telah menghantar kamu (muslim) datang menolong kami.
Sebanyak 22 NGO muslim dari seluruh dunia bergabung membantu rakyat Nepal sekarang dan in sha Allah pada Jam 7.00 am nanti kami akan ke Gurkha yang memakan masa selama kira kira 4 jam perjalanan.
Sekian catatan hari kedua
Wan Sukairi Wan Abdullah,
Hotel Holiday Taj, Kathmandu
8 Mei 2015
6:18 am




























