Calon PAS Ustaz Nazri Pengundi No. 3

1353

BANDAR TUN RAZAK – Calon PAS bagi pilihan raya P.091 parlimen Rompin merupakan pengundi yang ketiga di pusat pembuangan undiSekolah Kebangsaan Keratong, dekat sini.

IMG-20150505-WA0016Beliau selesai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai warganegara membuang undi pada jam 8 pagi sebagi pusat mengundi tersebut di buka.

Ustaz Nazri Ahmad diiringi oleh isterinya Yusmariza Yusof, 37, yang juga merupakan pengundi bagi kawasan parlimen Rompin.

Selepas itu, beliau yang turut diiringi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, menemui para pengundi dan penyokong kedua-dua parti di perkarang sekolah tersebut.

IMG-20150505-WA0012Rompin’ membuat keputusan hari ini dalam pilihan raya kecil yang diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada jam 4.55 petang, 4 Aprl lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013, Tan Sri Jamaludin Jarjis mengekalkan kerusi Parlimen Rompin yang disandangnya sejak 23 tahun selepas mengalahkan bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Parlimen Rompin melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri .Seramai 19,561 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam, DUN Muadzam Shah (17,394) dan DUN Tioman (16,339) .

IMG-20150505-WA0008BN menamakan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin, 62 tahun, yang juga bekas timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999) sebagai calon.

Rompin merupakan kubu kuat UMNO /BN kerana majoriti pengundinya Melayu berugama Islam.

Faktor usia dianggap melanggar hasrat meremajakan UMNO sebagaimana hasrat parti itu sebelum ini.

PAS mengenengahkan Yang Dipertua PAS Romin Ustaz Nazri Bin Ahmad adalah anak watan kelahiran Felda Keratong, berusia 40 tahun sebagai calon yang mesra dan mudah didekati, kehidupan yang sentiasa bergelumang dengan rakyat menjadikannya sentiasa peka mengenai kebajikan dan keluhan rakyat.