PRK Rompin; PAS Yakin Perubahan Besar Akan Berlaku

840

Oleh : Ibnu Hassan

BANDAR TUN RAZAK- Presiden ANAK, Mazlan Aliman teruja dan yakin perubahan besar akan berlaku dalam keputusan pilihan raya kecil Parlimen Rompin yang akan diadakan esok, 5 Mei.

“Ini satu pengalaman yang baru bagi saya kerana saya tak bertemu pada pilihanraya kecil sebelum ini dengan kemasukan ahli pas yang jumlahnya cukup besar dan sehingga hari ini jumlahnya mencecah 700 orang,

“Saya yakin bahawa ini merupakan satu lonjakan daripada kesedaran dikalangan pengundi muda,” Ujarnya ketika ditemui selepas majlis Ikrar Anak Muda Felda akan menyokong calon PAS yang diadakan di sini pada tengah hari, 4 Mei.

https://youtu.be/nhEc0ysp784

Menurut beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, apabila mereka melihat kepincangan pelbagai isu penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa maka anak-anak muda ini secara spontan menunjukkan sikap sebagai tanda protes mereka.

“Saya yakin ini adalah peluang untuk mereka gunakan protes ini dalam bentuk undi dan In Sha Allah pada hari esok saya optimis anak muda terutamanya mereka akan tunjukan bantahan,”kata beliau.