BANDAR TUN RAZAK – Para penduduk gugusan Felda Keratong menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional hanya mempermainkan warga peneroka kerana tidak menepati janji mendirikan rumah bagi genegrasi kedua.
Rata-rata mereka yang ditemui hanya ‘menjuihkan’ bibir masing-masing apabila ditanya tentang rancangan kerajaan dan Felda membangunkan kehidupan generasi muda Felda.
Generasi pertama Felda Keratong 4, Johari Ali, 53, berkata rumah tersebut yang telah dibina oleh Felda berkenaan telah siap, namun masih belum diberikan kepada generasi anak-anak Felda.
“rumah tu siap dah dibina…..tuuuuu di belakang tu, dah boleh duduk dah, tapi tak diberikan (kepada anak-anak Felda bahkan) borangnya pun tidak dikeluarkan,”ujarnya.
Beliau berkata, pihak Felda gagal untuk menjawab pelbagai persoalan tentang rumah tersebut sewaktu perbincangan diadakan diantara penduduk dengan pihak pihak pengurusan.
https://youtu.be/QeV-68yPTFE
Katanya, pelbagai syarat yang tidak munasabah diletakkan, yang tidak mungkin dipenuhi oleh anak-anak Felda yang kebanyakkanya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
“kena ‘finance’ (ambil pinjaman) dengan bank, macam tulah penerangan yang diberi……jadi sewa RM300 sebulan itu untuk apa kerana selepas 3 tahun menyewa barulah permohonan boleh dibuat untuk membeli rumah itu,
“nak buat sewa beli dengan bank, kebanyakkan anak-anak Felda ini mana ada ‘slip’ gaji (bekerja tetap) itu masalahnya (kerana ia menjadi syarat),
“lepas pada itu, kalau awak tak cukup syarat……awak keluarlah (walaupun telah menyewa selama tiga tahun),”jelas beliau.
Menurutnya, beliau juga kesal dengan pihak kerajaan dan Felda yang meletakkan harga begitu tinggi kepada rumah yang hanya sejenis dengan rumah mampu milik.
Harga sebanyak RM120,000 adalah terlalu mahal dan tidak akan mampu dibayar oleh generasi kedua Felda.
https://youtu.be/0IMREi6cGTY
Sementara itu, seorang warga emas, Hamdan Ibrahim yang telah tinggal selama 30 tahun di Felda Keratong 10 tidak lagi percaya kepada janji-janji kerajaan untuk membina dan memberikan rumah kepada anak-anaknya.
Katanya, beliau terus mengharap untuk mendapatkan rumah yang diimpikan itu, sehingga anaknya meninggal dunia.
“saya dah isi tiga, empat kali………ambik nama untuk dihantar ke pejabat……..macam-macam orang yang datang, mari (tawarkan),
“dah tiga kali pilihan raya, naik bosan dah saya……kalau ada cerita macam ini (dalam pilihan raya kecil ini) saya tak mahu dengar dah,
“kononya nak bagi anak peneroka……..tempat (tinggal)………anak saya tu sampai meninggal dah lah tak dak (tak dapat),”katanya.
Menurut beliau, anaknya seorang pekerja estet, acap kali bertanya tentang rumah tersebut, tetapi beliau tidak dapat memberikan jawapan.
Suatu masa, kata beliau, kerajaan pernah berjanji mahu memberikan tanah untuk tempat tinggal, tetapi janji itu tidak ditunai.
“anak saya (yang sudah meninggal itu) sampai kumpulkan duit nak buat pondok kecil-kecil kalau diberi tanah, tapi taka da (janji tidak ditepati,”ujarnya kesal.










