

“Saya tetap percaya 80 peratus kematian Teoh disebabkan dibunuh,” katanya ketika memberi keterangan di depan hakim Azmil Muntapha Abas.
Walaupun saya tidak mahu menyebut tentang peratus tetapi selepas memeriksa mayat itu sendiri, saya yakin Teoh mati bukan kerana bunuh diri,” tegas beliau, ketika disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar.
Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemerhatiannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinan Teoh mati dibunuh.
Dr Pornthip yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor sepatutnya datang memberi keterangan pada bulan April tetapi enggan berbuat demikian selepas majikannya, Kementerian Keadilan Thailand menasihati beliau.
Teoh, 30, setiausaha politik ahli exco Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati di tingkat lima, Plaza Masalam, di sini pada 16 Julai tahun lepas berikutan disoal siasat semalaman oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di tingkat 14, bangunan yang sama.




























