MARANG – Pemimpin, ahli-ahli dan para penyokong PAS diminta memberi perhatian yang serius kepada perkembangan politik semasa negara dan pertembungan yang berlaku dalam Umno.
Secara khususnya, ia akan memberikan kesan yang besar kepada suasana dan lanskap politik negara pada masa yang akan datang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata pertembungan antara kem Tun Mahathir dan kem Najib dalam Umno tidak dapat disembunyikan lagi.
“pertembungan (antara dua kem ini adalah) pertembungan yang serius yang mennetukan ‘hidup mati’ Umno di Malaysia,
“kalau pertembungan ini tidak dapat diselesaikan dengan baik, saya menjangkakan Umno akan mengalami nasib yang sama seperti mana Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah dulu, Umno akan berpecah dua,”jelasnya.
Dalam keadaan masa kini, beliau tidak nampak kedua-dua pihak akan beralah, Mahathir tidak akan mengalah kerana sifatnya yang ‘tidak suka duduk diam’.
“Najib sendiri pun, walaupun sebelum ini seorang yang tidak suka bertembung……dia sentiasa memilih dalam keadaan yang selamat dalam politik,
tetapi dengan suasana yang ada saya Nampak dia tidak akan berundur, dan mengalah dalam masalah ini,”ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang pada Sabtu 25 April.
https://youtu.be/B0SJrdaCe2o
Secara politiknya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berpendapat, pertembungan antara kedua kem tersebut akan mengorbankan salah satu dari dua pemimpin Umno itu.
“salah satunya ‘kena mati’……….kalau tidak ia (pertembungan itu) tidak boleh selesai dan itulah cara Mahathir untuk menyelsaikan pergolakan politik partinya.
“Mahathir sudah ‘tumbuk’ muka Najib……kalau kita guna bahasa (umpama) sudah tumbuk muka, sebelum daripada ini dia sudah menyerang Najib ‘sipi-sipi’,
“tapi sejak sebulan lalu, bila dia membangkitkan isu Altantuya (dan) isu 1MDB (yang merupakan) isu-isu sensitive yang cuba dielakkan oleh Najib sejak dari awal,”katanya.
Beliau berkata, apabila Tun Mahathir sudah mendedahkan isu-isu terbabit, bermakna beliau sudah mengisytiharkan ‘perang’ secara terbuka terhadap Najib.
Oleh itu, beliau berkata ia akan membawa implikasi kepada pembubaran parlimen dan pilihan raya umum yang lebih awal.
“dalam kegawatan yang ada ini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diadakan awal, parlimen mungkin akan dibubarkan pada tahun hadapan (2016),
“apabila cukup tempoh tiga tahun (parlimen ke 13) dari segi udang-undangnya ia boleh dibubarkan oleh Perdana Menteri dengan perkenan Yang DiPertuan Agong,”
Justeru itu, beliau menggesa agar pemimpin dan ahli serta penyokong PAS mengambil langkah bersiap sedia dengan jentera pilihan raya bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.










