Terengganu, Malaysia

Pemimpin Umno Suka Maksiat

Pemimpin Umno Suka Maksiat

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah memberi peringatan tentang hadis Rasulullah SAW dalam kitab hadis Bukhari yang bermaksud, “Jika kamu sudah hilang malu, maka berbuatlah sesukamu”.

Beliau merujukkan pesanan nabi akhir zaman itu kepada kejadian warga emas yang berjoget diatas pentas, yang berlaku pada majlis penutup Pekan Budaya di pantai Kelulut Marang, dilaporkan pada Khamis 16 April lalu.

“Saya mendapat beberapa keping foto yang menunjukkan beberapa orang yang boleh dikategorikan sebagai emas dan menghampiri umur emas sedang berjoget di atas pentas bersama dengan beberapa perempuan yang boleh disifatkan sebagai anak ataupun cucu kepada lelaki-lelaki tersebut.

“Saya tidak bercadang untuk menyiarkan gambar tersebut kerana malu dengan aksinya. Dimaklumkan juga ianya terjadi pada majlis penutupan Pekan Budaya di Pantai Kelulut Marang,”ujarnya dalam satu kenyataan.

IMG_20150420_081701Beliau menzahirkan rasa kekesalan yang amat sangat dengan apa yang telah berlaku, lebih-lebih lagi majlis penutupan itu adalah terbuka kepada orang awam dan pastinya terdedah kepada kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa.

“Bukan ini caranya berhibur yang diharuskan syarak,”tegas beliau yang juga ADUN Bukit Payong.

“Dalam kita semua sibuk membicarakan tentang hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan (dan) telah pun juga disokong oleh MB Datuk Razif walaupun menolak usul saya dalam sidang Dun,

“amat malang penganjur memilih untuk membakar semangat dosa dan noda penduduk Marang,”jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau menyifatkan penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang mengenakan hukuman kepada beberapa orang remaja baru-baru ini adalah sia-sia sahaja.

Sedangkan penganjur program hiburan pada Pekan Budaya Marang, menurut beliau, seolah-olah ‘kebal’ mempamerkan aksi artis yang tidak menutup aurat dan berpakaian ketat.

Justeru beliau mengajak seluruh masyarakat untuk menilai sendiri sikap pemimpin Umno terhadap maksiat.

Katanya, cukuplah kepada semua rakyat Terengganu untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya mengajak kepada semua, bahkan seruan ini bukan kali yang pertama mungkin sudah ribuan kali melalui ceramah, khutbah, penulisan dan lain-lain untuk menilai sendiri sikap pimpinan Umno terhadap maksiat.

“Mereka sememangnya sukakan maksiat paling tidakpun tidak membenci maksiat. Bagi mereka hiburan adalah penting dan tidak kira apa bentuknya asalkan boleh berhibur.

“Seruan saya, cukuplah penyokong Umno untuk menyokong kepimpinan sebegini,”tegas beliau lagi

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan